Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 28, 2021 15:55 MYT
Jun 28, 2021 15:55 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 Jun 2021.
Kesilapan meletakkan tanda nama ketika dilahirkan 20 tahun lepas, dipercayai akibat kecuaian kakitangan sebuah hospital di Kota Bharu, Kelantan sehingga menyebabkan Noratirah Husin 'tertukar' ibu bapa, meninggalkan kesan mendalam kepada wanita itu.
Bekas pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus umum terpaksa menutup perniagaan gerai makan miliknya di Sijangkang, Kuala Langat, Selangor mulai Isnin.
Kartunis Aie yang popular dengan siri "Aku Hidup Dalam Blues" dan "Aku Dan Sesuatu" menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.
Kesilapan tertukar bayi dengan keluarga lain sehingga seseorang individu dibin atau dibintikan kepada bapa angkat, dari segi hukum agama wajib ditukar kepada bin atau binti bapa kandung supaya tidak menimbulkan isu berbangkit, terutama berkaitan pembahagian pusaka.
Seramai 9.44 juta pengguna Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan terus menikmati rebat elektrik sebanyak 2 sen /kWj bermula 1 Julai hingga 31 Disember tahun ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 5,218 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 739,266 kes.
Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) akan meneliti semua dokumen berkaitan termasuk mencari petugas kesihatan yang terlibat sebelum mengesahkan kisah tragis tiga bayi perempuan termasuk sepasang kembar yang dilahirkan 20 tahun lepas, tertukar dipercayai akibat kecuaian.
Kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, B40 dan M40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.
Seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000, dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan semasa.
Nilai keseluruhan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diperkenalkan kerajaan adalah sebanyak RM150 bilion, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
#berita pilihan
#berita tumpuan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Astro Awani
#PEMULIH
#COVID-19
#vaksin
#PKP