awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kartunis 'Aku Hidup Dalam Blues' Aie meninggal dunia

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
28/06/2021
02:01 MYT
Kartunis 'Aku Hidup Dalam Blues' Aie meninggal dunia
Saari Sulong, 48, atau Aie meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang pada Isnin. -Facebook@aiefanclub
KUALA LUMPUR: Kartunis Aie yang popular dengan siri "Aku Hidup Dalam Blues" dan "Aku Dan Sesuatu" menghembuskan nafas terakhir awal pagi ini.
Pemilik nama asal, Saari Sulong, 48, itu dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang kira-kira jam 4 pagi tadi.
Allahyarham juga dikenali dengan siri "Abe" yang ditulis oleh kartunis Ujang suatu masa dahulu.
Ujang atau Ibrahim Anon turut menitipkan kesedihannya di atas berita itu di akaun Facebooknya.
“Innalillahiwainnailaihirrojiun mendapat perkhabaran duka pelukis kerekter Abe meninggal dunia jam 4.00 pagi tadi di kediamannya di Kampung Sg Manggis, Banting, Selangor kerana komplikasi buah pinggang.
“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diterima dalam golongan orang-orang yang diredai Allah,” tulis Ujang.
Sumber Facebook Ujang
Berita sedih itu turut disampaikan pengendali akaun Facebook peminat Aie.
Sumber Facebook aiefanclub
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kg Manggis, Banting, Selangor hari ini.
Allahyarham Aie meninggalkan seorang isteri dan seorang anak.
Topic Berkaitan
#Aie
#Saari Sulong
#kartunis
#Ujang
#Aku Hidup Dalam Blues
#Aku Dan Sesuatu
#kartunis terkenal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan