Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Jun 29, 2021 15:59 MYT
Jun 29, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 29 Jun 2021.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Rakyat Malaysia tampil dengan satu kempen yang dipanggil #KempenBenderaPutih yang meminta orang ramai yang dalam kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan pertolongan.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sentiasa mempertimbangkan apa sahaja pengesahan kematian yang dikemukakan bagi permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 Nadma.
Sesi sembah maklum kedua-dua Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim di Istana Negara bermula 11 pagi ini.
Tarikh melihat anak bulan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah pada petang Sabtu, 10 Julai bersamaan 29 Zulkaedah 1442 Hijriah, demikian menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hari ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 6,437 kes positif baharu COVID-19 dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 745,703 kes.
EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud hari ini mengesahkan negeri itu bakal menerima 4,008,710 dos vaksin COVID-19 bagi bulan Julai.
Kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk tindakan selanjutnya.
Masyarakat dimohon untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom-simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri.
#berita pilihan
#berita tumpuan
#berita tempatan
#berita Malaysia
#Astro Awani
#vaksin
#COVID-19
#PEMULIH
#KKM