awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong ulangi titah, Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Istana Negara

Firdaus Azil
Firdaus Azil
29/06/2021
05:54 MYT
Agong ulangi titah, Parlimen perlu bersidang secepat mungkin - Istana Negara
Tuanku Baginda mengambil ketetapan itu setelah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, awal hari ini.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini sekali lagi menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin.
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku berpandangan, persidangan itu perlu dilakukan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.
Jelas beliau lagi, Tuanku Baginda mengambil ketetapan itu setelah mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, awal hari ini.
“Susulan sesi menghadap ini, dan lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun, 2021, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin, dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard COVID-19 yang ditetapkan Kerajaan dan Parlimen Malaysia.
“Ini bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan, dapat dibentangkan di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan,” kata Ahmad Fadil lagi.
Turut menyertai sesi itu ialah Timbalan Speaker Dewan Negara Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, dan dua TImbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Sumber Facebook IstanaNegaraOfficial
Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata, Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa semua Jawatan-jawatankuasa Pilihan Parlimen perlu meneruskan sesi mesyuaratnya, bagi melaksanakan mekanisme semak dan imbang.
“Ini bagi menjamin berlakunya urus tadbir yang telus, berintegriti, dan bertanggungjawab khususnya menangani isu-isu dasar awam dan kemasyarakatan, serta hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara,” katanya lagi.
Ahmad Fadil berkata, semasa sesi menghadap tersebut, Baginda telah menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen dan kesediaan pihak Parlimen untuk mengadakan persidangan secepat mungkin.
Dalam pada itu, beliau berkata, perlu diperjelaskan bahawa pandangan dan seruan yang dinyatakan, merupakan pendirian Agong dan Raja-raja Melayu, yang bertindak sebagai Raja Berpelembagaan, berlandaskan prinsip keluruhan Perlembagaan Persekutuan, dan kedaulatan undang-undang.
“Seri Paduka Baginda turut mengambil kesempatan ini menyeru rakyat untuk bersama mendoakan agar negara sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT, dijauhi dari sebarang musibah, dan wabak COVID-19 dapat dibendung serta diakhiri dengan segera,” kata Ahmad Fadil lagi.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Istana Negara
#Buka Parlimen
#Dewan Rakyat
#Dewan Negara
#Melayu
#Malaysia
#Parlimen
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan