awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Siti Mariah mohon maaf pada Khairy

Firdaus Azil
Firdaus Azil
29/06/2021
08:30 MYT
Dr Siti Mariah mohon maaf pada Khairy
Dr Siti Mariah berkata, maklumat itu diperolehi selepas beliau hadiri mesyuarat CITF Pusat, yang dipengerusikan Khairy Jamaluddin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: EXCO Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor Dr Siti Mariah Mahmud hari ini mengesahkan negeri itu bakal menerima 4,008,710 dos vaksin COVID-19 bagi bulan Julai.
Melalui perkongsian di Twitternya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang itu berkata, ia merupakan bekalan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.
Jelasnya lagi, beliau mendapat maklumat itu selepas menghadiri mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), yang dipengerusikan Menteri Penyelaras Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) awal hari ini.
“Saya menghadiri mesyuarat CITF pusat pagi ini. Alhamdulillah, Selangor akan dapat 4,008,710 dos vaksin untuk bulan Julai. Bekalan tertinggi. Terima kasih YB Menteri (Khairy Jamaluddin),” katanya lagi.
BACA: Dari mana Exco Selangor itu dapat angka 80,000, soal Khairy
Sy menghadiri mesy CITF pusat pagi ini. Selangor akan dapat 4,008,710 dos vaksin utk bulan Julai. Bekalan yg tertinggi. T kasih YB Menteri. I will be in yr mtg insyaAllah without fail. Alhmdllah, yr nose tak panjang tadi.Normal. Mohon maaf dunia akhirat@Khairykj pic.twitter.com/uoqW3YbdBp
— Dr Siti Mariah (@DrSitiMariah) June 29, 2021
BACA: "Saya tak nak vaksin 'duduk' dalam peti sejuk"- Khairy
BACA: Dakwaan Exco Selangor akan kehabisan vaksin beberapa hari lagi disifatkan tidak tepat
Melalu lampiran yang disertakan di Twitter beliau, lebih 14 juta bekalan dan pengedaran vaksin COVID-19 akan dilakukan di seluruh negara, dengan Selangor sebagai negeri penerima tertinggi, diikuti Sarawak, Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Sabah, Perak, dan Pulau Pinang.
Beberapa hari lepas, perhatian tertumpu ke pertelingkahan antara Khairy dan Dr Siti Mariah, mengenai proses vaksinasi di negeri Selangor.
Khairy, yang juga Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI) berkata, Selangor tidak mempunyai masalah tentang bekalan vaksin, seperti yang didakwa beberapa pihak, termasuk Dr Siti Mariah.
Sebaliknya, jelas Ahli Parlimen Rembau itu lagi, masalah sebenar ialah proses pemberian vaksin yang rendah berbanding kemampuan kapasiti sebenar, iaitu sekitar 20,000 hingga 50,000 individu sehari.
Beliau berkata, kemampuan kapasiti Selangor sepatutnya mencapai kadar vaksinasi 100,000 orang sehari.
Rentetan daripada kenyataan tersebut, Dr Siti Mariah mendakwa, Khairy tidak mengetahui masalah sebenar di peringkat akar umbi.
Menurut Dr Siti Mariah, Khairy sepatutnya memberitahu fakta yang benar, jika tidak hidungnya akan menjadi 'panjang'.
Nampak benar menteri tak tahu masalah dibwh .Sgor ada kapasiti utk buat lebih. Kalau buat gitu, selepas bbrp hari, ada PPV yang kena tutup sementara. Dont lie saying supply cukup. Be truthful or yr nose will get longer @Khairykj https://t.co/sYUdu3iESx
— Dr Siti Mariah (@DrSitiMariah) June 26, 2021
Topic Berkaitan
#dr siti mariah
#mohon maaf
#Khairy Jamaluddin
#bekalan vaksin
#PPV
#COVID-19
#PICK
#Parlimen
#vaksin
#ADUN
#Exco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan