KOTA BHARU: Kertas siasatan berhubung dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamad telah dihantar ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini untuk tindakan selanjutnya.
Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Ahmad Arifin berkata, keterangan Ahli Parlimen Jeli itu serta enam yang lain termasuk individu yang membuat hantaran itu telah diambil kelmarin.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.
"Keterangan diambil dari pengadu, Mustapa (Tok Pa) dan lima yang lain termasuk pemilik kedai," katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
BACA: Makan di kafe, Tok Pa minta maaf langgar SOP
Sebelum ini Mustapa dilaporkan memohon maaf atas pelanggaran SOP ketika mengunjungi sebuah kafe di Kalai, Jeli pada Sabtu lalu.
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan, Mustapa turut menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan sewajarnya.
Mustapa mengaku berada dan dihidangkan makanan di kafe di Kampung Kalai itu.
Muhafandi Muhamad
Tue Jun 29 2021
Mustapa sebelum ini memohon maaf atas tindakannya melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah kafe di Jeli, Kelantan pada Sabtu lalu. - Gambar fail
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Langgar SOP: Pegawai, tiga anggota ditukar serta-merta - Ketua Polis Selangor
Penukaran serta-merta itu membabitkan individu berpangkat koperal, sarjan, sarjan mejar dan inspektor.
Langgar SOP, 145 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM145,000
Kompaun bernilai RM1,000 dikeluarkan kepada setiap pesalah yang terdiri 135 warga tempatan dan 10 warga asing dalam operasi Op Hiburan itu.
150 individu dikompaun RM150,000 langgar SOP PPN - Polis
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada 75 lelaki dan 75 wanita warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 65 tahun.
PRN Johor: KKM keluarkan 42 kompaun setakat ini - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 42 kompaun berikutan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sepanjang proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, setakat ini.
Video tular berjoget di konsert, polis akan ambil tindakan
Siasatan terperinci berhubung insiden itu akan dijalankan dan tindakan diambil berdasarkan lunas undang-undang.
PRN Johor: Seorang petugas media dikompaun, seorang lagi diberi amaran
Weng Kian Yong berkata, dia dikenakan kompaun RM1,000 atas alasan melanggar penjarakan fizikal.
Langgar SOP bukan satu jenayah, tak perlu letak jawatan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesalahan yang dilakukan oleh Hishammuddin itu bukanlah satu jenayah.
Langgar SOP: Khairy arah Hishammuddin, Vigneswaran dan Hasni dikompaun
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah mengarahkan kompaun dikenakan terhadap beberapa pemimpin kanan Barisan Nasional, kerana didapati melanggar SOP.
154 individu dikompaun RM155,000 langgar SOP ketika berhibur - Polis
Seramai 154 individu dikompaun berjumlah RM155,000 kerana gagal mematuhi SOP ketika berhibur di sebuah premis hiburan di Bangsar, pada Jumaat.
JKNJ siasat video, gambar tular majlis libat penjawat awam klinik kesihatan
JKNJ juga sedang mengenal pasti individu yang terlibat dan tindakan akan diambil terhadap mereka.