MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Julai 2021.
1. COVID-19: Isu pengendalian jenazah akan diselesaikan - Dr Noor Hisham
Itu pengurusan jenazah kes COVID-19 akan diangkat dan diselesaikan dengan segera bagi memudahkan urusan petugas kesihatan menyempurnakan tanggungjawab terakhir kepada pesakit dan waris.
2. Freedom Day: Malaysia boleh ikut UK, tetapi ada harga perlu dibayar - Pakar
Jika kes jangkitan menurun dan kadar vaksinasi cukup tinggi, Malaysia boleh turut mansuh sekatan seperti yang dilaksanakan England, tetapi adakah rakyat Malaysia sedia tanggung akibatnya?
3. Ingkar SOP solat Aidiladha: Polis tahan reman 49 lelaki bantu siasatan
Polis menahan reman 49 lelaki bagi membantu siasatan kes pelanggaran SOP kerana menjalankan solat sunat Aidiladha melebihi jumlah yang dibenarkan, di atas jalan berhampiran Surau Taman Pelangi, Juru.
4. Sidang Khas Parlimen: KPM, KPT wajar bentang isu pendidikan negara - JKPPH
Jawatankuasa Pendidikan PH kecewa aturan Sidang Khas Parlimen tidak melibatkan pembentangan berkaitan pendidikan negara di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementeran Pengajian Tinggi.
5. Lelaki hina polis dalam video tular ditahan
Perbuatan seorang lelaki yang menghina polis dalam sebuah video berdurasi 15 minit 42 saat yang dimuat naik menerusi akaun Facebook membawa padah selepas dia ditahan di rumahnya di Bandar Sri Damansara, pada Selasa.
6. 516 pemekat oksigen dipasang di PKRC MAEPS 2.0
Sebanyak 516 unit pemekat oksigen akan ditempatkan di Dewan A dan C Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, yang merawat pesakit COVID-19 kategori tiga dan empat.
7. PAC panggil Khairy, Tengku Zafrul dalam prosiding minggu depan
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan menyambung prosiding berhubung Perolehan Vaksin COVID-19 dan Penggunaannya Terhadap Rakyat Malaysia dengan memanggil semula Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, minggu depan.
8. COVID-19: 11,985 kes baharu, Selangor catat 5,550 kes - Dr Noor Hisham
Jumlah jangkitan baharu COVID-19 di Malaysia menurun sedikit apabila merekodkan 11,985 kes positif sepanjang 24 jam lalu berbanding 12,000 kes pada semalam.
9. 'Saya telah difitnah' - Ebit Lew
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis pada Rabu berhubung beberapa dakwaan yang dibuat terhadap beliau oleh beberapa individu kebelakangan ini.
10. Syed Saddiq akan didakwa atas dua pertuduhan esok
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok atas satu pertuduhan pecah amanah membabitkan wang RM1 juta dan satu pertuduhan lain.

#berita pilihan
#berita utama
#berita tempatan
#petugas kesihatan
#COVID-19
#Aidiladha
#SOP
#rakyat Malaysia
#pendidikan
#England
#Parlimen