KUALA LUMPUR: Sekiranya jumlah jangkitan COVID-19 menurun dan kadar vaksinasi cukup tinggi, Malaysia boleh menuruti langkah pemansuhan sekatan seperti yang dilaksanakan di England.
Bagaimanapun, kata Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani, adakah rakyat Malaysia sanggup hidup dengan kes jangkitan dan kematian yang tinggi selepas pemansuhan itu.
Langkah yang digelar Freedom Day di England mempunyai kesan yang telah dijangka, katanya, dan mana-mana negara yang mahu memansuhkan sekatan perlu siap siaga menanggung akibatnya.
Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) itu menyifatkan tindakan England membenarkan kelonggaran mulai 19 Julai sebagai 'langkah pramatang'.
Ia tidak sepatutnya diikuti Malaysia, katanya.
“Kalau Malaysia ingin buat kaedah yang sama dan melakukannya secara pramatang, pada pendapat saya ini perlu dielakkan kerana kita perlu betul-betul bersedia, rakyat perlu betul-betul bersedia.
“Ini kerana, rakyat perlu ada informed decision, maksudnya mereka perlu ada pemahaman yang jelas melalui komunikasi yang berkesan supaya rakyat boleh buat keputusan, adakah mereka sendiri bersedia?
"Adakah mereka sendiri yang mahukan kebebasan tersebut yang bakal mengakibatkan kemungkinan jumlah kematian golongan rentan yang tinggi?"
“Kita mesti ingat ada golongan yang belum mendapat vaksin, kita belum ada kelulusan untuk beri vaksin kepada kanak-kanak.
"Golongan ini perlu dilindungi untuk mengimbangi kebebasan yang kita mahukan dengan harga yang kita rasa berbaloi untuk dibayar,” jelas Mohd Dzulkhairi dalam temu bual di AWANI Pagi hari ini.
Bermula 19 Julai, England menjadi negara pertama di Britain yang melonggarkan semua sekatan COVID-19.
Walaupun kadar jangkitan melebihi 54,000 sehari namun semua perniagaan di negara itu dibenarkan membuka pintu masing-masing dan peraturan pemakaian pelitup muka serta penjarakan sosial juga dihapuskan.
Menteri Kesihatan United Kingdom (UK) Sajid Javid juga memberi amaran, kemungkinan berlaku peningkatan kes kematian COVID-19 dalam beberapa minggu akan datang.
Bagaimanapun, kata Perdana Menteri Britain Boris Johnson, sekatan yang dilakukan sebelum ini boleh mendatangkan situasi yang lebih parah sekiranya tidak dimansuhkan.
Azyyati Ahmad
Wed Jul 21 2021
Penunjuk perasaan bergelut dengan polis semasa demonstrasi 'Freedom day' pada hari pertama sekatan COVID-19 dimansuhkan, di London, 19 Julai, 2021. REUTERS
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Liga Negara-Negara UEFA: Aksi cemerlang bintang Liverpool pacu kemenangan England
Jones menerima hantaran silang Morgan Gibbs-White, melakukan sentuhan menakjubkan melepasi Vlachodimos, melengkapkan kemenangan England.
UNL: England gugur lapan pemain utama
The Three Lions akan menentang Greece, Jumaat ini, sebelum kembali ke Wembley tiga hari kemudian untuk menentang Republik Ireland.
UNL: Pep Guardiola 'tidak gembira' Jack Grealish tersenarai dalam skuad England
Pep Guardiola, tidak berpuas hati apabila nama Jack Grealish tersenarai dalam skuad England menjelang saingan Liga Negara-Negara UEFA (UNL), November ini.
Tuchel sah jurulatih baharu England
Menurut Persatuan Bolasepak (FA) jurulatih berusia 51 tahun itu bakal memulakan tugas pada 1 Januari 2025.
UNL: Tiga tonggak muda terlepas wakili England
Ketiga-tiga mereka tidak dapat sertai skuad yang akan beraksi di St George's Park, namun Lee Carsley dijangka tidak akan panggil pengganti.
UNL: Penampilan ke-100 Harry Kane berikan kemenangan buat England
Sebelum perlawanan, Kane menerima anugerah topi emas yang mengiktiraf Kane sebagai pemain ke-10 beraksi dalam 100 aksi buat England.
Kane intai penampilan ke-100
Menurut Persatuan Bola Sepak (FA) England, Kane akan menjadi pemain ke-10 negara tersebut mencapai sasaran berkenaan.
UK catat hari paling panas dalam tempoh setahun
United Kingdom mencatatkan hari paling panas tahun ini apabila suhu mencecah 34.8 darjah Celcius di Cambridge.
Protes antipendatang merebak ke barat daya England
Protes antipendatang dilaporkan merebak ke Plymouth di barat daya England pada Isnin.