ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 25 Julai 2021.

1. Kempen pelancongan bebas COVID-19 diperluas ke pulau peranginan

Program 'COVID-19 Free Destination' ini diperluaskan ke pulau-pulau peranginan yang menjadi tumpuan utama pelancong seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Tioman, Pulau Pangkor dan beberapa lagi pulau.

2. COVID-19: Jabatan Kesihatan laksana khidmat 'outsourcing' atasi kesesakan pesakit

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menjalankan langkah-langkah kesiapsiagaan menghadapi lonjakan kes terutama bagi pesakit kategori 3 dan ke atas susulan kenaikan kes saban hari.

3. 64 pekerja, peniaga Pasar Besar Seremban positif COVID-19

Seramai 64 pekerja dan peniaga di Pasar Besar Seremban disahkan positif COVID-19 menerusi saringan secara meluas (mass screening) yang diadakan pada Sabtu.

4. COVID-19: 17,045 kes baharu, rekod tertinggi negara, jumlah kumulatif cecah 1 juta

Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 17,045 kes dalam tempoh 24 jam lalu, rekod tertinggi sejak pandemik ini bermula.

5. COVID-19: Raja Arab Saudi titah KSrelief salur bantuan kepada Malaysia - Hishammuddin

Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud menitahkan supaya King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSrelief) segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan demi membantu Malaysia menangani cabaran pandemik COVID-19.

6. COVID-19: Zahid Hamidi sahkan jalani kuarantin kendiri

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sedang menjalani kuarantin kendiri selepas media melaporkan beliau positif COVID-19 hasil ujian saringan di Parlimen pada Jumaat.

7. Bersendirian dalam PRU15, itu pilihan terakhir buat Pas - Mohd Amar

Pas sudah bersedia dengan beberapa senario termasuk kemungkinan bergerak sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya UMNO dan Bersatu enggan bersama dalam satu kerjasama.

8. PPV pertama dalam taman dibuka esok di Pulau Pinang

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan yang berpusat di negeri ini, One Hope Charity & Welfare merintis inisiatif kreatif mengendalikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkonsepkan dalam taman.

9. Mesyuarat Khas Parlimen: 'Dari mana datang persepsi tidak boleh debat?' - Azhar

Datuk Azhar Azizan Harun mengakui tidak tahu dari mana datangnya persepsi tiada debat dibenarkan semasa Mesyuarat Khas Parlimen yang akan bermula 26 Julai ini.

10. Mesyuarat Khas Parlimen: UMNO gesa Ahli Parlimennya undi sokong bahas dan batal Proklamasi Darurat

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, sempena Mesyuarat Khas Parlimen yang akan bermula esok, parti berkenaan telah membuat ketetapan untuk Ahli-ahli Parlimennya.