awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: 17,045 kes baharu, rekod tertinggi negara, jumlah kumulatif cecah 1 juta

Astro Awani
Astro Awani
25/07/2021
08:14 MYT
COVID-19: 17,045 kes baharu, rekod tertinggi negara, jumlah kumulatif cecah 1 juta
Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 17,045 kes dalam tempoh 24 jam lalu, tertinggi setakat ini sejak pandemik bermula. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Angka jangkitan baharu COVID-19 mencatatkan 17,045 kes dalam tempoh 24 jam lalu, rekod tertinggi sejak pandemik ini bermula.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 1,013,438.
Selangor masih menjadi penyumbang kes harian tertinggi dengan 8,500 kes diikuti Kuala Lumpur (2,045), Kedah (1,216), Johor (950) dan Sabah (818).
Sumber Facebook kementeriankesihatanmalaysia
Dalam pada itu, KKM turut memaklumkan sebanyak 9,683 kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 844,541. Daripada jumlah kes harian, hanya enam kes import manakala 17,039 pula merupakan penularan tempatan. KKM turut merekodkan 92 kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat COVID-19 meningkat kepada 7,994 kes. Sementara kes yang memerlukan rujukan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 970 kes, manakala 501 pesakit lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.
Status Terkini #COVID19, 25 Julai 2021 Kes sembuh= 9,683 Jumlah kes sembuh= 844,541 Kes baharu positif= 17,045 (6 import) Jumlah positif= 1,013,438 Kes kematian= 92 Jumlah kes kematian= 7,994 Kes dirawat di ICU= 970 Bantuan alat pernafasan= 501 pic.twitter.com/aXaVAcTTuJ
— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) July 25, 2021
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#COVID-19
#jangkitan
#pandemik
#Noor Hisham Abdullah
#Kuala Lumpur
#jumlah kumulatif 1 juta
#rekod tertinggi negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan