JURU: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesihatan yang berpusat di negeri ini, One Hope Charity & Welfare merintis inisiatif kreatif mengendalikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkonsepkan dalam taman.
Selain muncul sebagai NGO pertama berbuat demikian, PPV itu juga mencatat sejarah sebagai yang pertama dalam negara menawarkan suntikan vaksinasi kepada orang ramai.
PPV percuma itu dibangunkan NGO itu di Shop-in d’Park Autocity Juru, di sini yang bertujuan memberi ketenangan kepada mereka yang akan menerima suntikan vaksin.
Menurut Pengerusinya, Datuk Chua Sui Hau, One Hope Charity & Welfare sebelum ini aktif melakukan kerja-kerja kebajikan dan kini terpanggil untuk sama-sama mengendalikan PPV bagi meningkat dan mempercepatkan kapasiti vaksinasi rakyat di negara ini.
Katanya, seramai 70 tenaga kerja terdiri daripada doktor, petugas kesihatan dan sukarelawan akan terlibat semasa proses vaksinasi di pusat berkenaan yang akan mula beroperasi esok.
“Kami buka PPV ini untuk bantu kurangkan kes. Kami NGO pertama yang buka PPV disebabkan kami mempunyai pasukan kesihatan dan sukarelawan,” jelas Sui Hau selepas mengadakan lawatan ke PPV tersebut bersama media pada Ahad.
Beliau berkata, sebanyak RM1.5 juta diperuntukkan untuk menjalankan operasi vaksinasi di PPV berkenaan selama tiga bulan.
Konsep PPV dalam taman yang menjadi pilihan, kata Sui Hua, adalah untuk memberi suasana lebih segar kepada penerima vaksin yang terpaksa berada di rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.
Suasana sedemikian, jelas beliau, diharapkan dapat memberikan ketenangan dan keselesaan kepada penerima vaksin sama ada sebelum atau selepas menerima suntikan vaksin.
“Sekarang orang ramai tinggal di rumah, setiap masa di rumah, jadi kami fikir ada baiknya kami buka PPV konsep begini agar orang ramai yang datang ambik vaksin akan rasa lebih relaks, tidak takut untuk terima suntikan dan balik ke rumah dengan gembira,” kata Sui Hua lagi.
Bagaimanapun, sebelum PPV dalam taman itu dibangunkan dan dibenarkan operasi, One Hope Charity & Welfare, ujar beliau, perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sebagai permulaan, Sui Hua berkata, pihaknya akan memberikan suntikan 360 dos sehari sebelum dinaikkan kepada 1,000 dos sehari.
Katanya, PPV di Shop-in d’Park Autocity Juru akan beroperasi setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Jul 25 2021
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pertama dalam taman di Shop-in dPark Autocity Juru merupakan inisiatif NGO kesihatan Pulau Pinang, One Hope Charity & Welfare. - Gambar Facebook One Hope Charity & Welfare
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
PPV pertama dalam taman dibuka esok di Pulau Pinang
One Hope Charity & Welfare rintis inisiatif kreatif kendalikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berkonsepkan dalam taman di Shop-in dPark Autocity Juru.