Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Julai 29, 2021 15:59 MYT
Berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Julai 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Julai 2021.
1. Agong zahir dukacita, pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum perkenan Baginda
Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa kenyataan Yang Berhormat Menteri di Parlimen pada 26 Julai 2021 adalah tidak tepat dan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
2. Apa status 800 kandungan video untuk TV Pendidikan, soal Maszlee
Kementerian Pendidikan (KPM) harus memberi penjelasan terkini berhubung status 800 kandungan video untuk TV Pendidikan yang disediakan syarikat Radius One, kata bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
3. Malaysia belum rebah, jauh sekali dari kalah - Tengku Zafrul
Kegawatan ekonomi pada tahun lepas dikatakan yang paling teruk sejak Perang Dunia II dengan banyak negara merudum pasaran dan kewangannya.
4. Janji temu jam 5 petang tapi datang 10 pagi, antara sebab kesesakan di PPV KLCC
Keadaan sekitar Pusat Pemberian Vaksin PPV KLCC yang menjadi tumpuan warga asing untuk mendapatkan vaksin COVID-19 yang sesak sejak semalam nampaknya tidak banyak berubah hari ini.
5. Kerajaan derhaka belakangi titah Agong - Ketua Pemuda UMNO
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendesak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletak jawatan susulan melanggar sumpah jawatan untuk sentiasa taat kepada baginda dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
6. COVID-19: 17,170 kes baharu, 174 kematian
Angka jangkitan baharu COVID-19 masih di paras melebihi 17,000 apabila mencatatkan 17,170 dalam tempoh 24 jam lalu, sedikit menurun berbanding semalam (17,405 kes).
7. Perancah besi runtuh: Pekerja binaan maut tertimbus di laluan projek LRT 3 di Klang
Seorang pekerja pembinaan warga Bangladesh maut tertimbus dalam insiden runtuhan perancah besi struktur pembinaan laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Bandar Bukit Tinggi, Klang.
8. Dua lagi kes baharu COVID-19 dikesan, sidang Dewan Rakyat ditangguh, disambung Isnin
Selepas tiga kali ditangguhkan, Mesyuarat Khas Parlimen Penggal Ke-14 pada Khamis ditangguhkan sekali lagi dan disambung semula pada Isnin.
9. Buktikan sokongan di Parlimen - Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa kerajaan masih mendapat sokongan daripada lebih 110 Ahli Parlimen.
10. Apabila Darurat tidak akan disambung, Kerajaan nasihati Agong batal semua Ordinan - PMO
Pejabat Perdana Menteri menyatakan apabila Darurat tidak bersambung Jemaah Menteri memutuskan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan semua ordinan darurat yang dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa.
#berita tempatan #berita pilihan #berita utama #berita Malaysia #Berita AWANI #darurat #Parlimen #vaksin #COVID-19