Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Ogos 2, 2021 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Ogos 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 Ogos 2021.
1. Tindakan Blok Pembangkang ke Parlimen cuma raih publisiti, main politik - Mohd Amar
Naib Presiden Pas itu berkata, tindakan yang dipamerkan Ahli Parlimen itu tidak akan disenangi rakyat yang mengetahui penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen hari ini disebabkan nasihat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.
2. Anwar dakwa PN kini tiada majoriti
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional kini sudah tumbang.
3. 30 Ahli Parlimen BN tandatangani surat akuan sokong Muhyiddin - Sumber
Seramai 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira.
4. Takiyuddin selamat jalani angiogram, doakan beliau cepat sembuh - Tuan Ibrahim
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan Datuk Seri Takiyuddn Hassan selamat menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital pada Isnin.
5. Pejuang dakwa kerajaan langgar Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat
Pejuang mendakwa kerajaan telah melanggar Perkara 36(7) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang menegah penyalahgunaan nama Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri-Negeri bagi mempengaruhi Majlis Mesyuarat.
6. Ahli Parlimen Pembangkang dakwa kerajaan 'matikan' kesuburan demokrasi
Beberapa Ahli Parlimen Pembangkang mendakwa kerajaan tidak patuh kepada titah Yang di-Pertuan Agong supaya cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat perlu dibentang, dibahas dan seterusnya diungkaikan di Parlimen.
7. Semua warga emas boleh 'walk-in' untuk divaksin bermula minggu depan - Khairy
Vaksinasi secara jumpa terus atau “walk-in” buat warga emas kini diperluaskan ke seluruh negara bermula minggu hadapan.
8. COVID-19: 15,764 kes baharu, kematian harian tertinggi direkodkan
Kes baharu COVID-19 sepanjang 24 jam yang lalu mencatatkan penurunan apabila 15,764 kes dilaporkan hari ini, berbanding sebanyak 17,150 kes semalam.
9. Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 PPN bermula 4 Ogos - PM
Tiga buah negeri membabitkan Perlis, Sarawak dan Labuan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuatkuasa 4 Ogos ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
10. Tokyo 2020: Aaron-Wooi Yik tiba di Malaysia dengan senyuman
Wira badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memenangi pingat gangsa beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 tiba di tanah air hari ini dengan tersenyum puas di atas kejayaan yang dikecapi.
#berita pilihan #berita tempatan #berita dalam negara #Astro Awani #Parlimen #Perikatan Nasional #Dewan Rakyat #COVID-19 #PPN #Tokyo 2020