ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Ogos 2021.

1. [LAPOR LANGSUNG] Mesyuarat Raja-Raja Melayu petang ini

Satu pertemuan khas Raja-Raja Melayu diadakan hari ini bagi membincangkan calon PM.

2. Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf

Pasukan keselamatan menembak mati dua lelaki disyaki kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dalam kejadian di Pulau Timbang, Sandakan, awal pagi tadi.

3. Vaksin COVID-19: Kumpulan pertama CanSino tiba di KLIA

Sebanyak 200,000 dos vaksin CanSino berbentuk 'finish product' (produk akhir) diterima daripada pembekal CanSino Biologics Inc, China, hari ini.

4. Pengasas Rumah Bonda didakwa abai anak sindrom down

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mengabaikan seorang remaja perempuan sindrom down sehingga mengalami kecederaan pada Jun lalu.

5. Remaja tidak mengaku bersalah pecah masuk pasar raya, curi 30 telefon bimbit

Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan memecah masuk sebuah pasar raya sebelum mencuri 30 telefon bimbit di Arau pada 4 Ogos lalu.

6. Laporan Ebit Lew, PDRM mohon bantuan Interpol kesan Nadir, Caprice

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan penyanyi rap, Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

7. COVID-19: Malaysia lapor kes harian tertinggi, 23,564 jangkitan baharu

Negara merekodkan sejumlah 23,564 lagi kes harian COVID-19 pada Jumaat, sekali gus membawa angka keseluruhan kes positif kepada 1,513,024.

8. Agong perkenan lantik Ismail Sabri sebagai PM ke-9

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.

9. 3 kali tangguh pernikahan akibat PKP, Remy dan Ezza akhiri penantian 8 tahun

Menyulam cinta selama lapan tahun bersama Ezza Yusof, liku kehidupan yang dilalui mereka amat luar biasa.

10. Pelantikan Ismail Sabri sebagai PM ke-9: Anwar junjung kasih titah Agong

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah berkenan melantik Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri ke-9.