awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
20/08/2021
00:23 MYT
Polis Sabah tembak mati dua anggota Abu Sayyaf
Hazani memaklumkan pasukan keselamatan turut merampas senjata api yang digunakan oleh kedua-dua suspek di lokasi kejadian. - Foto Sinar Harian
SANDAKAN: Pasukan keselamatan menembak mati dua lelaki disyaki kumpulan Abu Sayyaf (ASG) dalam kejadian di Pulau Timbang, Sandakan, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, kedua-dua lelaki ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan yang menjalankan Operasi Khas bagi mengesan kumpulan berkenaan.
Pasukan keselamatan turut merampas senjata api yang digunakan oleh kedua-dua suspek di lokasi kejadian.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu dan akan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, jam 11 pagi nanti.
Difahamkan, kejayaan pasukan keselamatan ini susulan daripada maklumat operasi khas di Taman Sri Arjuna, Beaufort, 8 Mei lalu.
Pengganas | Dua lelaki disyaki pengganas Abu Sayyaf ditembak mati
Hasil daripada maklumat itu, pasukan keselamatan menjalankan operasi bagi mengesan beberapa lagi ahli kumpulan Abu Sayyaf.
Pegawai dan anggota polis akhirnya berjaya mengesan dua ahli kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Timbang, Sandakan dan berlaku berbalas tembakkan hingga kedua-dua lelaki itu maut di lokasi kejadian.
Manakala pegawai dan anggota keselamatan yang menjalankan operasi semua dalam keadaan selamat.
Sebelum ini, seramai lapan individu termasuk dua dalam senarai orang dikehendaki membabitkan kumpulan Abu Sayyaf ditahan dalam serbuan di kawasan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort, 8 Mei lalu.
BACA: Polis, ESSCom tahan lapan ahli kumpulan Abu Sayyaf di Beaufort
Susulan daripada itu, siasatan terus giat dijalankan polis sebelum lima lagi ahli kumpulan pengganas terbabit berjaya ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di lokasi sama, 17 Mei lalu.
BACA: Polis Sabah tembak mati lima anggota Abu Sayyaf
Topic Berkaitan
#polis
#Abu Sayyaf
#tembak mati
#Pulau Timbang
#Sandakan
#Hazani Ghazali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan