MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Ogos 2021.
Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.
Polis buat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu kota
2. Polis membuat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu negara mulai 9 pagi Sabtu berikutan terdapat maklumat ada pihak yang merancang mengadakan perhimpunan atau perarakan, hari ini.
Pengasas Rumah Bonda akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan perkataan penderaan berhubung seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun, pada Julai lalu.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, pandemik yang sedang dihadapi, hendaklah menginsafkan para pemimpin yang telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakukan penetapan semula dalam urus tadbir negara.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 2.30 petang, di sini hari ini.
Negara mencatatkan sejumlah 22,262 lagi kes harian COVID-19 dalam tempoh 24 jam, sekali gus membawa angka keseluruhan kes positif kepada 1,535,286 kes.
Selepas selesai istiadat mengangkat sumpah di Istana Negara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memuat naik status pertamanya sebagai Perdana Menteri kesembilan sekitar pukul 5.20 petang Sabtu.
Sektor pelancongan di Jonker Walk, Melaka yang merupakan antara kawasan tumpuan utama pelancong ke negeri itu mencatatkan kerugian RM2.5 juta sehari akibat penutupan sementara sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) 1.0 pada Mac tahun lalu.
9. Varian Delta boleh membiak dalam hidung, individu divaksin masih boleh dilindungi - Dr Noor Hisham
Bukan sahaja boleh menular dalam tempoh lima hingga 15 saat serta tersebar melalui udara, kajian terkini mendapati varian Delta COVID-19 lebih ganas apabila boleh membiak di dalam hidung individu yang sudah menerima vaksin.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin, menzahirkan sokongan penuh kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami