ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Ogos 2021.
1. Sultan Selangor ingatkan individu lengkap vaksinasi tidak ambil mudah, rasa diri kebal
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah individu yang telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin COVID-19 agar tidak mengambil mudah dan berasakan diri mereka kebal daripada jangkitan wabak itu.
2. Sultan Selangor mahu ADUN bantu rakyat, henti perebutan kuasa
Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita apabila masih ramai dalam kalangan ahli politik dan penjawat awam yang terlibat dengan amalan rasuah, biarpun sudah berkali-kali diberi peringatan.
3. Vaksin COVID-19: Guru perlu jadi contoh, fahami kepentingan suntikan - Sultan Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, bertitah kakitangan awam termasuk golongan guru perlu memahami betapa pentingnya pengambilan vaksin untuk melindungi diri, keluarga, serta masyarakat.
4. Bencana Gunung Jerai: Jasad mangsa keenam tragedi kepala air dijumpai
Jasad mangsa tragedi kepala air dan banjir lumpur di kaki Gunung Jerai yang dikenal pasti sebagai Ridwan Poniman, 61, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Unit Storm dan Must Team Bomba, hari ini.
5. #KamiMalaysia cadang moratorium politik
Melihat ketidakseimbangan politik yang dijangka berlarutan sehingga menjejaskan hala tuju negara pada saat genting krisis pandemik, ahli-ahli politik digesa agar melaksanakan 'moratorium politik' secara total.
6. Tengku Razaleigh gesa undi percaya pada PM segera dilakukan
Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menggesa undi percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera dilakukan di Parlimen.
7. Jangkitan COVID-19 tunjuk penurunan, 17,672 kes direkodkan hari ini
Jangkitan COVID-19 dalam negara menunjukkan penurunan dalam tempoh 24 jam yang lalu apabila 17,672 kes direkodkan.
8. Anggota tentera enggan ambil vaksin dipecat, ini jawapan Tentera Darat Malaysia
Selepas tular kisah seorang anggota tentera yang dipecat selepas enggan menerima vaksin, Tentera Darat Malaysia (TDM) menerusi satu kenyataan media dikeluarkan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat pada Isnin menegaskan setiap anggota TDM diwajibkan mengambil vaksin.
9. Saksi perlu dipenjara, pindah wang tanpa kelulusan BNM - Peguam Najib
Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bekas CEO 1MDB, Mohd Hazem Abdul Rahman seharusnya dimasukkan ke dalam penjara atas pertuduhan kes pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram dan bukannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
10. Azalina sah letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan telah meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Keputusan itu dibuat selaras dengan pelantikan Perdana Menteri baharu dan permintaan rakyat untuk memastikan kerjasama pelbagai pihak.
Astro Awani
Mon Aug 23 2021
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Ogos 2021.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Disember 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 9 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Disember 2024.