KUALA LUMPUR: Jangkitan COVID-19 dalam negara menunjukkan penurunan dalam tempoh 24 jam yang lalu apabila 17,672 kes direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kes kumulatif COVID-19 di negara ketika ini adalah 1,572,765 kes.

Selangor kekal merekodkan jangkitan tertinggi iaitu 4,316 kes diikuti Sabah (2,474) dan Kedah (1,602).

Beliau turut memaklumkan, jumlah kes aktif ketika ini adalah sebanyak 260,700 kes.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,040 kes kini dirawat di unit rawatan rapi dan 502 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan sejumlah 19,053 kes sembuh baharu dilaporkan hari ini, sekali gus menjadikan keseluruhan ke sembuh adalah 1,297,723 kes.

Jumlah kumulatif kematian ketika ini adalah 14,342 kes selepas 174 kes kematian baharu dilaporkan hari ini.

Daripada jumlah kematian itu, 21 kes merupakan kes kematian di luar hospital atau brought in dead (BID).

BACA SEMUA BERHUBUNG COVID-19 DI SINI


Berikut pecahan mengikut negeri:

Selangor - 4,316 (561,826)
Sabah - 2,474 (124,430)
Kedah - 1,602 (83,438)
Sarawak - 1,538 (99,838)
Pulau Pinang - 1,451 (72,293)
Johor - 1,367 (122,306)
Kelantan - 1,176 (66,925)
Perak - 952 (58,735)
Kuala Lumpur - 891 (165,412)
Pahang - 506 (38,786)
Negeri Sembilan - 478 (88,834)
Terengganu - 470 (28,630)
Melaka - 363 (44,999)
Perlis - 57 (1,404)
Putrajaya - 24 (5,129)
Labuan - 7 (9,780)