ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 30 Ogos 2021.

1. Lembah Klang beralih ke Fasa Dua PPN? Mesyuarat Jawatankuasa Khas akan tentukan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat Lembah Klang kini sudah boleh beralih ke Fasa Dua PPN susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus. 

2. KKM, MOSTI diarah pastikan kadar vaksinasi enam negeri capai 50 peratus sebelum akhir September

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata enam negeri yang mencatatkan vaksinasi kurang daripada 50 peratus adalah Perak, Terengganu, Johor, Kedah, Kelantan dan Sabah.

3. Tun Sakaran meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19

Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu sekitar jam 5.30 pagi ini.

4. Paralimpik Tokyo: Yee Khie sumbang pingat kedua buat Malaysia

Atlet powerlifting kebangsaan Jong Yee Khie, berjaya merangkul perak dalam acara lelaki 107 kilogram (kg), yang juga merupakan pingat kedua negara di Sukan Paralimpik Tokyo.

5. Penjawat awam antara 13 ditahan ketika leka berparti

Seorang penjawat awam antara 13 individu ditahan dipercayai terlibat dalam sebuah pesta persendirian ketika serbuan di sebuah unit pangsapuri di sini, awal pagi Ahad.

6. Sidang penuh Dewan Rakyat ditunda ke 13 September

Sidang penuh Dewan Rakyat bagi penggal keempat, Parlimen ke-14 yang sepatutnya bermula 6 September ini, telah ditunda ke 13 September, 2021.


7. COVID-19: 19,268 kes baharu, lima negeri catat lebih 2,000 kes

Sebanyak 19,268 kes baharu COVID-19 dilaporkan pada Isnin, menurun berbanding 20,579 kes yang direkodkan semalam dengan lima negeri mencatatkan angka melebihi 2,000 kes.

8. Jemaah Kabinet Ismail Sabri selesai angkat sumpah

Seramai 31 menteri dan 37 timbalan menteri selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.

9. Kabinet Malaysia: Beri tumpuan segera kepada usaha pulihkan negara - Pengerusi PN

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Jemaah Menteri yang baru dilantik akan memberikan tumpuan segera kepada usaha-usaha untuk memulihkan negara daripada wabak COVID-19, menyalurkan bantuan kepada golongan rakyat yang memerlukan dan memacu pertumbuhan ekonomi.

10. ROS sahkan penangguhan Pemilihan UMNO dibuat secara teratur - Ahmad Maslan

UMNO hari ini menerima surat daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengesahkan keputusan penangguhan Pemilihan UMNO untuk penggal 2021/2023 telah dibuat secara teratur.