awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Erich von Daeniken, penulis teori ‘makhluk asing kuno’ meninggal dunia pada usia 90 tahun
Pelajar UPSI ditemukan lemas selepas cuba selamatkan rakan
Amerika akan dijatuhkan sendiri oleh tindakan Trump - Mat Sabu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat premis makanan di George Town diarah tutup kerana kotor

Bernama
Bernama
04/07/2025
11:06 MYT
Empat premis makanan di George Town diarah tutup kerana kotor
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan empat premis makanan di sini ditutup berikutan tahap kebersihan kurang memuaskan. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan empat premis makanan di sini ditutup berikutan tahap kebersihan kurang memuaskan.
Menurut MBPP, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mengejut menerusi Operasi Kebersihan yang dijalankan pihaknya, semalam.
"Kesemua premis yang diperiksa telah diarahkan tutup selama 14 hari bermula semalam hingga 16 Julai mengikut Undang-Undang Kecil 38 (1), Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MPPP 1991 berikutan tahap kebersihan premis kurang memuaskan, iaitu berada di bawah standard ditetapkan.
"Malah, pemeriksaan itu juga menemukan najis tikus di kawasan penyediaan makanan di dapur dan stor penyimpanan," menurut MBPP dalam hantaran di Facebook hari ini.
Beberapa pekerja yang mengendalikan makanan juga didapati tidak mendapatkan suntikan vaksin tifoid yang boleh menyebabkan individu lebih terdedah kepada jangkitan bakteria Salmonella Typhi, selain tidak memakai topi dan apron.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#premis makanan
#pulau pinang
#diarah tutup
#kotor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan