awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ewon lancarkan projek pembinaan SK Tambatuon bernilai RM42 juta

Bernama
Bernama
04/07/2025
11:00 MYT
Ewon lancarkan projek pembinaan SK Tambatuon bernilai RM42 juta
Projek di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12 RP3) itu bakal menggantikan bangunan sekolah sedia ada yang uzur. - Foto FB Ewon Benedick Official Media
KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick hari ini melancarkan projek pembinaan bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Tambatuon bernilai RM42 juta, yang dijangka siap dalam tempoh 24 bulan bermula bulan ini.

Ringkasan AI
  • Projek pembinaan baharu SK Tambatuon bernilai RM42 juta dilancarkan, menggantikan bangunan lama yang uzur dengan fasiliti moden seperti 10 bilik darjah, makmal sains, surau dan padang; dijangka siap dalam tempoh 24 bulan bermula Julai 2025.
  • Projek ini diluluskan di bawah RMK-12 Rolling Plan Ketiga, dan dipantau oleh ADUN Kadamaian merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, yang turut komited membawa pembangunan berskala besar ke kawasan itu dalam RMK-13.
  • Kerjasama pelbagai agensi termasuk KPM, PPD Kota Belud dan JKR Sabah dipuji atas usaha menaik taraf sekolah daif di kawasan Kadamaian, dengan beberapa projek telah siap dan banyak lagi dalam perancangan RMK-13.

Projek di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12 RP3) itu bakal menggantikan bangunan sekolah sedia ada yang uzur, dan akan dilengkapi pelbagai kemudahan moden termasuk 10 bilik darjah, bilik Rekabentuk dan Teknologi (RBT), makmal sains, kantin, surau, blok pentadbiran, ruang terbuka berbumbung serta padang.
"Saya berharap projek ini berjalan lancar dan siap mengikut jadual yang ditetapkan agar dapat dimanfaatkan oleh murid-murid dan penduduk kampung yang menaruh harapan besar terhadap kemudahan pendidikan yang lebih baik," katanya dalam kenyataan selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek itu di sini hari ini.
Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian berkata sebagai Pengerusi Bersama Jawatankuasa Intervensi Penyelarasan Pemantauan Projek Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), beliau bertanggungjawab memantau kelancaran pelaksanaan projek pembangunan yang dibiayai kerajaan Persekutuan di seluruh Sabah.
"Ini sebahagian daripada mandat kami agar semua projek dapat dipercepatkan pelaksanaannya demi kepentingan rakyat. Sebagai ADUN Kadamaian dan anggota kabinet Persekutuan, saya pastikan keperluan pembangunan berskala besar dapat dibawa ke kawasan ini dalam RMK-13 yang bermula tahun depan hingga 2030," katanya.
Menurut beliau, Pelan Pembangunan Kadamaian yang dilancarkan pada 2020 telah menunjukkan banyak kemajuan dan akan terus diperkasakan untuk manfaat penduduk setempat.
Ewon turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Belud atas komitmen mereka dalam menaik taraf sekolah-sekolah daif, khususnya di kawasan DUN Kadamaian.
"Sebahagian projek telah siap, ada yang sedang berjalan, dan banyak lagi akan dikemukakan dalam RMK-13. Saya ucapkan tahniah kepada JKR Sabah selaku agensi pelaksana, serta Pejabat Pembangunan dan Pejabat Daerah Kota Belud yang turut menyumbang dalam pembangunan daerah ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
#Ewon Benedick
#projek pembinaan bangunan baharu
#SK Tambatuon
#Kota Belud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan