Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 19, 2021 15:59 MYT
Berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 September 2021.
1. Masjid di Perlis dibuka sepenuhnya pada Rabu dengan SOP ketat
Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya mulai Rabu ini (22 Sept) dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketat.
2. Perlis mulakan vaksinasi kepada pelajar umur 16, 17 tahun esok
Kerajaan Perlis akan memulakan Program Vaksinasi COVID-19 kepada pelajar-pelajar berusia 16 dan 17 tahun di negeri itu pada Isnin.
3. Tragedi Kemensah Heights: Laporan kajian JMG dikeluarkan Selasa - Takiyuddin
Laporan kajian Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) berkenaan tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights akan dikeluarkan Selasa.
4. Tragedi Kemensah Heights: Pembinaan tambahan tidak ikut garis panduan - Takiyuddin
Siasatan awal di kawasan lokasi tanah runtuh di Jalan Kemensah Heights mendapati terdapat perlanggaran garis panduan bangunan terutama di lereng bukit.
5. Enam beradik yatim piatu selepas ibu meninggal dunia akibat COVID-19, terima sumbangan ZPP
Zakat Pulau Pinang (ZPP) hari ini turun padang menyantuni enam beradik yatim piatu yang terpaksa tinggal bersendirian dirumah mereka di pangsapuri Ampang Jajar di Pulau Pinang selepas kematian ibu bapa mereka.
6. Jumlah kes baharu COVID-19 menurun, 14,954 kes dicatat hari ini
Menurut perkongsian dari Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-9 (CITF) pula, Sarawak terus menjadi negeri dengan jangkitan baharu tertinggi, iaitu sebanyak 2,707 kes, diikuti Selangor (2,028), Johor (1948), Kelantan (1,420), Sabah (1,356), Pulau Pinang (1,259), dan Perak (1,222).
7. Rekahan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands bertambah buruk jika hujan berterusan
Rekahan permukaan di Laluan Persekutuan FT 185 Seksyen 43.9, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini menghala ke Cameron Highlands, Pahang dikhuatiri akan bertambah buruk sekiranya keadaan cuaca hujan berterusan di lokasi berkenaan.
8. MB Perak nafi pesakit COVID-19 Orang Asli lari ke dalam hutan
Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad, menafikan mesej tular kononnya pesakit COVID-19 Orang Asli di Ulu Groh, Gopeng, melarikan diri masuk ke dalam hutan.
9. MySejahtera selesaikan 500,000 aduan sijil vaksinasi digital - Khairy
Sebanyak 500,000 masalah berkaitan ketiadaan paparan sijil vaksinasi secara digital dalam aplikasi MySejahtera berjaya diselesaikan dalam tempoh seminggu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
10. Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 dijangka bermula Oktober - Khairy
Pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 untuk golongan rentan dan berisiko dijangkiti COVID-19 dijangka bermula pada Oktober ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
#berita pilihan #berita tempatan #berita Malaysia #Berita AWANI