ALOR SETAR: Sebanyak 500,000 masalah berkaitan ketiadaan paparan sijil vaksinasi secara digital dalam aplikasi MySejahtera berjaya diselesaikan dalam tempoh seminggu, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Meunurut Khairy, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga ketika ini sedang berusaha untuk menyelesaikan 200,000 lagi masalah sama yang dijangka selesai dalam waktu terdekat
Beliau berkata, sebanyak 95,347 aduan telah diterima dalam tempoh seminggu berkaitan dengan pengguna MySejahtera.
Tegas Khairy, masalah yang dikenal pasti berpunca daripada status penerima vaksin sebagai tanggungan sekali gus menyebabkan sijil digital individu tersebut terikat dengan pemilik akaun utama MySejahtera.
"Antara masalah yang dikenal pasti berpunca daripada status penerima vaksin sebagai tanggungan menyebabkan sijil vaksin individu tersebut terikat dengan pemilik akaun utama.
“Tanggungan sijii itu terlekat pada (akaun aplikasi) bapa ataupun mak… untuk masalah ini pemilik akaun perlu keluarkan akaun tanggungan bagi membolehkan tanggungan mendaftar MySejahtera.
“(Namun begitu) apabila tanggunggan buka akaun MySejahtera (sebagai akaun utama) ia tidak keluarkan sebagai dependen sebab sijil itu tidak berpindah kepada yang kedua (akaun tanggungan,” kata Khairy.
Beliau berkata demikian ketika sidang media mengadakan lawatan kerja dan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) di Wisma Darul Aman di sini, pada Ahad.
Tambah Khairy, antara punca lain yang dikenal pasti ialah pemilik MySejahtera tidak mengesahkan nombor kad pengenalan di dalam aplikasi tersebut.
"Pengguna kena sahkan dulu untuk dapat sijil itu ataupun pengguna lebih daripada satu akaun MySejahtera dan sijil vaksin itu dipaparkan dalam akaun pengguna ketika mendapat vaksin di PPV (Pusat Pemberian Vaksin)," jelas beliau lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Khairy berkata, sebanyak 71,408 aduan mengenai ketiadaan paparan sijil digital vaksin yang diterima didapati berpunca daripada PPV yang tidak melengkapkan proses dokumentasi setelah individu selesai menerima suntikan vaksin.
Susulan itu, MySejahtera sedang melakukan penyelarasan dengan PPV berkenaan memastikan pengguna akan menerima paparan sijil digital vaksin di dalam MySejahtera.
Abd Hadi Che Awang
Sun Sep 19 2021

Sebanyak 500,000 masalah berkaitan ketiadaan paparan sijil vaksinasi secara digital dalam aplikasi MySejahtera berjaya diselesaikan dalam tempoh seminggu, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar fail
Tumpuan Rabu – 21 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2025)
Qatar nafi cuba pengaruhi Trump melalui tawaran jet mewah
Penafian itu dibuat sehari selepas senat Amerika Syarikat membentangkan rang undang-undang menghalang mana-mana pesawat asing daripada digunakan sebagai Air Force One.
Tiga pelajar cedera ditikam di sekolah Finland
Sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di selatan Finland pada Selasa, menurut pihak berkuasa.
[TERKINI] UK gantung rundingan perdagangan dengan Israel
Setiausaha Luar, David Lammy mengumumkan pada Selasa Britain menghentikan rundingan perdagangan bebas dengan Israel, susulan tindakan kejam rejim zionis di Gaza.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Pengunjung teruja saksikan aksi pembukaan yang memukauV
Hampir 300 pengunjung menjadi saksi persembahan memukau di langit Pulau Langkawi sempena penganjuran LIMA'25 kali ini.

Konflik Gaza: UK henti rundingan perjanjian bebas dengan Israel
Setiausaha Luar Britain, David Lammy, mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel.
'Kalau saya menang, saya mungkin mati terkejut' - Rafizi
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mengakui beliau akan kalah dalam pemilihan parti itu minggu ini, meskipun kempen berjalan dengan baik dan mendapat sokongan.
[TERKINI] Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Pemain warisan juga rakyat Malaysia, wajar disokong
Syarat ditetapkan adalah salah seorang ibu bapa pemain terbabit perlu memiliki kerakyatan Malaysia.

Perlindungan untuk warga emas, KKM seru ambil peluang vaksin influenza percuma
Kementerian Kesihatan memaklumkan pelaksanaan Program Imunisasi Influenza Warga Emas yang menawarkan vaksin influenza secara percuma kepada warga emas.

Lebih 31,000 bakal haji didaftarkan dalam "International Patient Summary" - Dzulkefly
Inisiatif IPS sebagai sebahagian transformasi digital yang membolehkan pengamal perubatan di Tanah Suci mengakses maklumat penting jemaah hanya dengan mengimbas kod respons pantas (QR).

Program Imunisasi Influenza warga emas bermula 18 Feb
Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas akan dilaksanakan bermula 18 Feb ini.

Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.

MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini

Penyelidikan komponen penting tingkat status kesihatan pergigian - KKM
Persidangan NOHRI merupakan platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.

Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.

PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.