MALAYSIA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 25/09/2021 | 15:59 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 September 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 September 2021.
1. Agong, Raja Permaisuri berkenan lawat Suruhanjaya Tinggi M'sia di UK
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melawat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Belgrave Square, London pada Jumaat.
2. Komposer muzik Malaysia terima pengiktirafan Lincoln Book of Records
Vijayanathan Dhaharasen melakar sejarah tersendiri apabila namanya tercatat dalam Lincoln Book of Records di India, selepas memimpin persembahan muzikal selama enam jam 40 minit.
3. Pembukaan sekolah: Penambahbaikan SOP minimumkan risiko jangkitan
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin menafikan kerajaan tidak mengambil serius dalam soal pengurusan pembukaan sekolah.
4. COVID: KKM runding perolehan vaksin untuk kanak-kanak
Kementerian Kesihatan (KKM) mengadakan rundingan dengan sebuah syarikat pengeluar vaksin COVID-19 berkenaan perolehan vaksin bagi kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.
5. Gelembung perjalanan: Tioman laksana percubaan SOP mulai 28 Sept
Kebenaran melancong ke Pulau Tioman di bawah program gelembung pelancongan yang dijadual bermula 1 Oktober akan ditangguhkan ke pertengahan Oktober.
6. Sultan Johor titah syarat ketat program MM2H disemak segera
Baginda membangkitkan perkara berkenaan ketika menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Istana Pasir Pelangi, hari ini.
7. Kebenaran rentas negeri dijangka dimuktamad dalam masa tiga minggu lagi - Hishammuddin
Kebenaran merentas negeri dijangka dapat dimuktamadkan dalam masa tiga minggu lagi, selepas beberapa langkah menyegerakan vaksinasi populasi dewasa di negara ini diambil dalam masa terdekat.
8. COVID-19: Sedikit menurun, 13,899 kes baharu hari ini
Angka jangkitan baharu COVID-19 sedikit menurun hari ini berbanding semalam dengan mencatatkan 13,899 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
9. AUKUS: Malaysia tidak terima arahan China - Hishammuddin
Negara tidak menerima arahan daripada China berhubung pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai AUKUS.
10. UNGA: 'Keluarga Dunia' bantu tangani krisis kesihatan, ekonomi - Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menekankan konsep 'Keluarga Dunia' dalam mengurus, menangani dan memulihkan keadaan semasa daripada pandemik COVID-19 di peringkat global.
#berita pilihan