ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 1 Oktober 2021.

1. Vaksin CoronaVac lulus untuk remaja berusia 12 tahun ke atas

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan secara bersyarat bagi penggunaan vaksin CoronaVac kepada golongan yang berumur 12 tahun dan ke atas.

2. COVID-19: Tiada Varian Mu dikesan setakat ini - MOSTI

Tiada Varian Mu COVID-19 di kesan daripada kajian penjujukan genom yang dilaksanakan di Malaysia, setakat ini.

3. MOSTI sasar 10,000 penjujukan genom COVID-19

MOSTI menyasarkan sebanyak 10,000 penjujukan tambahan genom virus SARS-CoV2 akan dapat dicapai melalui beberapa program penyelidikan yang dirangka.

4. Ibu kecewa berita palsu tersebar tentang anak 'longlai' terima suntikan vaksin COVID-19

“Jangan takut ambil vaksin, anak saya rebah kerana terlalu gementar, bukan kerana kesan sampingan vaksin COVID-19," luah Ulfah Amat Daris, 41, yang kecewa dengan insiden tular membabitkan anak bongsunya.

5. Tiada vaksin, tiada 'dine-in' di semua fasa PPN - Khairy

Kebenaran ‘dine-in’ atau makan di restoran dan premis-premis lain masih terhad kepada individu lengkap vaksinasi COVID-19 dan terpakai di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

6. Siasatan gangguan seksual, polis sahkan panggil semula pendakwah terkenal

engarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan dalam satu kenyataan berkata, turut dipanggil ke Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman itu adalah isteri pendakwah tersebut.

7. Keselamatan siber: CTOS terima arahan Bank Negara tangguh sementara akses kepada CCRIS

CTOS Data Systems Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh CTOS Digital Bhd telah menerima arahan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menangguhkan sementara akses terhadap Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) bagi semua agensi pelaporan kredit, berkuat kuasa hari ini.

8. COVID-19: 11,889 jangkitan baharu, 15,891 kes sembuh

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ia menjadikan kumulatif kes COVID-19 di negara setakat ini adalah 2,257,584 kes.

9. Melaka bakal bertukar tangan?

Angin politik di Melaka kini mula bertiup kencang selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH).

10. CITF tamat operasi 1 November, serah mandat imunisasi COVID-19 sepenuhnya kepada KKM

Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 atau COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) hanya akan beroperasi hingga 31 Oktober ini, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Dr Adham Baba.