Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 10, 2021 15:56 MYT
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 Oktober 2021.
1. Pelancaran HSN2021 meriah meskipun secara hibrid
Buat pertama kalinya sejak 2015, HSN2021 disambut dengan mengetengahkan konsep sukan secara maya dan bersifat ‘community centric’.
2. 45,000 kenderaan dijangka lalui LPT2 setiap hari selepas kebenaran rentas negeri
Lebuh Raya Pantai Timur 2 Sdn Bhd menjangkakan kira-kira 38,000 hingga 45,000 kenderaan setiap hari apabila perjalanan rentas negeri dibenarkan semula.
3. MySejahtera kini tawar fungsi cetak sijil
plikasi MySejahtera kini menawarkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna mencetak sijil vaksinasi mereka menggunakan format Dokumen Mudah Alih (PDF) untuk kegunaan rentas negeri atau negara.
4. Audio tular: Kesahihan rakaman perlu dibuktikan sebelum sebarang tindakan - Takiyuddin
Kesahihan rakaman audio yang didakwa mirip seorang pemimpin Pas mempertikai kepimpinan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu dibuktikan sebelum sebarang tindakan diambil.
5. Rentas negeri: Tidak semua SJR ditutup, pemeriksaan rawak diteruskan - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan tetap menggerakkan pasukan-pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) walaupun sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri ditutup mulai tengah malam ini.
6. Rogol anak OKU, lelaki dihukum penjara 15 tahun dan 10 sebatan
Perbuatan keji seorang bapa kandung merogol anak perempuan berstatus orang kurang upaya (OKU), diberi pembalasan apabila dijatuhi hukuman 15 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.
7. COVID-19: 7,373 kes baharu, tunjuk trend menurun
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, penambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes COVID-19 yang direkodkan di Malaysia adalah 2,339,594 kes.
8. Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri
Rentas negeri akhirnya dibenarkan berkuat kuasa pada 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19.
9. Keputusan bebas jurujual dalam kes basikal lajak kekal
Mahkamah Majistret sekali lagi membebas dan melepaskan seorang jurujual wanita daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak empat tahun lepas.
10. Dos penggalak akan mula diberi minggu hadapan - Khairy
Pemberian dos ketiga dan penggalak akan mula diberikan kepada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi bermula minggu hadapan.
#berita pilihan #berita tempatan #berita utama #berita Malaysia #rentas negeri