PUTRAJAYA: Rentas negeri akhirnya dibenarkan berkuat kuasa pada 11 Oktober selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang aktiviti tersebut susulan penularan pandemik COVID-19.
Berita gembira itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Sidang Media Khas di Bangunan Perdana Putra, termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman.
Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad.
Bagaimanapun, Ismail Sabri menegaskan kebenaran rentas negeri tidak terpakai kepada lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
"Data terkini akan dikemaskini di laman sesawang COVIDNOW pada tengah malam ini. Maka dengan ini saya mengumumkan bahawa dengan kadar 90 peratus vaksinasi lengkap dua dos bagi kumpulan dewasa, maka rentas negeri dibenarkan oleh pihak kerajaan.
"Kebenaran ini akan bermula pada esok (11 Oktober). Jadi, esok bebas lah dan ini lah yang ditunggu-tunggu oleh masyarakat. Seperti saya katakan tadi, peringkat awal kita perlu tegas soal rentas negeri ini dan seperti yang dijanjikan, sudah sampai 90 peratus, maka rakyat Malaysia boleh melakukan pergerakan," katanya dalam sidang media khas, di sini.
Jelas Perdana Menteri lagi, aktiviti pelancongan juga dibenarkan selari dengan kebenaran untuk merentas negeri.
Beliau dalam masa yang sama, mengingatkan agar rakyat Malaysia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan meskipun kebebasan pergerakan telah diberikan.
"Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) masih lagi dikuatkuasakan. Bermakna, kesalahan Akta 342 masih boleh dikenakan dan mereka yang melanggar (SOP) boleh dikenakan tindakan.
"Walaupun tiada sekatan khusus untuk menyekat rentas negeri, tetapi pihak polis masih boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana sahaja, mungkin sewaktu berada di kawasan Rehat dan Rawat (RnR).
"Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng terus dilaksanakan dan pihak polis boleh membuat pemeriksaan terhadap MySejahtera walaupun tiada SJR khusus untuk tujuan rentas negeri," ujar beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Sun Oct 10 2021

Menurut Perdana Menteri, kebenaran itu diberikan selepas kadar vaksinasi individu dewasa yang lengkap menerima vaksin telah mencapai 90 peratus pada Ahad. - Foto Bernama

Hanya 10 peratus tiket umrah dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
Amal by Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia.

Kedah terima peruntukan RM15 juta naik taraf jeti di Langkawi
Kerajaan negeri Kedah menerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerima peruntukan RM15 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf kemudahan Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba.

Polis Kelantan rampas dua pistol dalam dua serbuan di Pasir Mas
Sepucuk pistol miliki lelaki tempatan, sementara sepucuk lagi daripada warga Thailand yang masuk ke Malaysia secara haram.

Rashidi Ishak akhiri zaman duda, selamat bernikah dengan penerbit drama?
Pelakon Rashidi Ishak difahamkan selamat melangsungkan pernikahan dengan pengarah sebuah drama popular iaitu Wan Hasliza Wan Zainuddin.

AWANI Ringkas: PM tegaskan tiada campur tangan kerajaan dalam siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong zahir ucapan tahniah kepada Hamidin, terpilih ahli FIFA
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang dipilih sebagai Ahli Majlis FIFA mewakli Asia.

Reka Bentuk Baharu | Australia ganti ilustrasi Raja dari wang kertas 5 dolar
Australia akan menggantikan ilustrasi Ratu Elizabeth II pada wang kertas 5 dolar Australia, dengan reka bentuk yang menghormati budaya Orang Asli negara itu. Menurut Bank Pusat, Reserve Bank Of Australia (RBA), dengan keputusan itu, ia bermakna tiada lagi ilustrasi raja akan berada dalam mata wang kertas Australia.

Dua bulan hilang, kakak rayu gadis pulang ke pangkuan keluarga
Nur Hannah Khalisa Mohd Khalid dirayu kembali ke rumah mereka, keluarga sudah buntu mencarinya.

Ubah suai lori sawit taktik seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dilakukan ketika dua individu sedang leka isi minyak diesel di sebuah stesen di Juru, Pulau Pinang.

Pertumbuhan Ekonomi | Malaysia dijangka jadi paling lemah antara negara ASEAN
Bank Islam Malaysia Bhd menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia menjadi paling lemah antara negara asean tahun ini. Ketua Ekonomi Bank Islam, Firdaos Rosli berkata, jangkaan ini dibuat berdasarkan asas dan statistik yang tinggi. Namun Bank Islam Malaysia juga mengunjurkan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun berhadapan risiko luaran dengan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus pada tahun 2023.

Pergerakan penumpang domestik MAHB melonjak 74 peratus pada September
Jumlah pergerakan penumpang bagi Malaysia meningkat 55 peratus kepada 458,000 penumpang bulan lepas.

Pantai Batu Ferringhi, Bagan Ajam jadi tumpuan pelancong
Dua lokasi itu yang sebelum ini sepi berikutan PKP kini kembali meriah dengan kehadiran pelancong terutamanya dari luar Pulau Pinang.

Cameron Highlands kembali sesak dengan pelancong
Tinjauan di beberapa lokasi tumpuan mendapati berlaku penambahan bilangan kenderaan dan kehadiran orang ramai sejak jam 9 pagi sehingga berlaku sedikit kesesakan.

Rentas negeri: Trafik di Pulau Pinang meningkat 38 peratus
Meskipun kenderaan bertambah hampir 100 peratus khususnya di kawasan Timur Laut, namun, setakat ini situasi masih lagi terkawal.

Restoran nasi kandar di Pulau Pinang diserbu pelancong
Pengunjung dari luar Pulau Pinang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati keenakan nasi kandar yang sinonim dengan negeri itu.

Langkah baharu industri pelancongan negara: Dialog Tiga Penjuru malam ini
Bagaimana pemain industri dapat mengimbangi keperluan untuk untung pada masa pengunjung pun sama bergelut untuk bangkit dalam kemelut ekonomi bahana pandemik?

2,000 polis siap sedia, PDRM jangka peningkatan kenderaan di Pulau Pinang mulai esok
Meskipun aliran trafik di Pulau Pinang masih terkawal, namun, PDRM telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan.

Tiket bas ke Kuala Lumpur paling laris
Tiket bas ke Kuala Lumpur paling laris

Ambil kesempatan rentas negeri berkunjung ke Pulau Pinang
Siti Farhana Suhaimi dari Taiping Perak berkunjung ke Pulau Mutiara di hari pertama kebenaran merentas negeri.

LLM jangka trafik di lebuh raya meningkat kepada empat juta kenderaan sehari
LLM bersiap sedia untuk memastikan kelancaran trafik di lebuh raya terutamanya pada cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul.