MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 17 Oktober 2021.
1. PM Ismail Sabri minta warga pendidik segera dapatkan vaksin COVID-19
Ismail Sabri berkata, setakat ini, walaupun belum menjadi kewajiban bagi guru mendapatkan vaksin, mereka berisiko meningkatkan jangkitan kerana bakal bersemuka dengan pelajar ketika PdP kelak.
2. Buka sekolah: Kedah, Kelantan 31 Okt; Pulau Pinang, Perak, Sabah 1 Nov
Pengoperasian institusi pendidikan di bawah KPM bagi Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Perak dan Sabah akan terus beroperasi berdasarkan ketetapan negeri Fasa 2 PPN pada Isnin.
3. Kos minimum ibadah umrah naik kepada RM6,900 - MOTAC
Kenaikan harga kerana terdapat peningkatan kos susulan pelaksanaan SOP di pihak Arab Saudi dan kerajaan Malaysia.
4. KDN bincang isu gaji polis - PM Ismail Sabri
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membincangkan isu gaji pegawai dan anggota polis dengan kementerian dan agensi berkaitan, kerana ia memerlukan kajian lebih menyeluruh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
5. 6,145 kes baharu COVID-19 hari ini, terendah dalam tempoh 3 bulan
Negara merekodkan 6,145 jangkitan baharu wabak COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
6. Ooopss! Anak terlupa kod selepas pasang kunci basikal di leher ibu
Anak pasang kunci basikal di leher ibunya, kemudian terlupa kod.
7. Pandora Papers: Apa maksud 'tax haven' dan 'shell company'? Ini penjelasannya...
Pandora Papers baru-baru ini mendedahkan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah dilapor menyembunyikan wang serta pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain sepanjang 25 tahun lalu.
8. Muzakarah khas bincang SOP rapatkan saf solat jemaah - Idris
Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI) pada Rabu ini (20 Okt) akan membincangkan isu prosedur operasi standard (SOP) mengenai aktiviti masjid dan surau, termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah.
9. Pandora Papers: Anwar sedia beri kerjasama kepada SPRM
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia untuk memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap pendedahan Pandora Papers.
10. Tiga pimpinan tertinggi akan muktamad calon UMNO bagi PRN Melaka, PRU15 - Zahid
Pemilihan calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Melaka dan Pilihan Raya Umum Ke-15 tidak lagi ditentukan oleh presiden parti sahaja.