MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Oktober 2021.
1. Perutusan PM sempena Maulidur Rasul 2021/1443H
Tema Maulidul Rasul Kebangsaan "Manhaj Rabbani Ummah Berkualiti" membawa mesej kepada norma hidup yang menekankan prinsip Dasar Manhaj Rabbani iaitu Rahmat, Aman, Bertuhan, Bakti, Adil, dan Insani.
2. PRN Melaka: DAP tolak Norhizam sertai PRN - Guan Eng
DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
3. Paip pecah: Proses pemulihan capai 55%, selesai 6 petang - Air Selangor
Proses pembaikan susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang mencapai tahap 55 peratus setakat jam 6 pagi, hari ini.
4. Sistem persaraan Malaysia ketiga terbaik di Asia - Kajian
Sistem persaraan Malaysia diiktiraf ketiga terbaik di Asia dan ke 23 di peringkat global, mengatasi Jepun dan Korea Selatan.
5. COVID-19: 5,745 kes baharu dalam tempoh 24 jam
Angka kes baharu COVID-19 yang dilaporkan sepanjang 24 jam yang lalu adalah sebanyak 5,745 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik kini 2,401,866 kes.
6. Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap, pada Isnin.
7. Remaja lemas mandi air terjun Junjung
Kegembiraan lima sahabat mandi di air terjun Junjung, sempena cuti Maulidur Rasul bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas.
8. PRN Melaka: Kerjasama dengan parti lain dimuktamad awal bulan depan - Zahid Hamidi
Pendirian UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diputuskan selepas mesyuarat di tiga peringkat.
9. PRN Melaka: PN umum bentuk kerjasama dengan UMNO, BN dalam masa terdekat - Hamzah
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pemimpin parti komponen PN termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Pas akan mengadakan perbincangan dengan rakan politik lain untuk membentuk kerjasama berkenaan.
10. Umrah: Harga lantai dijangka turun seiring kelonggaran SOP pada masa depan
Harga lantai bagi ibadah umrah yang kini ditetapkan pada RM6,900 pasti akan dikurangkan, seiring dengan lebih banyak kelonggaran oleh kerajaan Arab Saudi apabila situasi COVID-19 semakin terkawal, kata Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali.