awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: PN umum bentuk kerjasama dengan UMNO, BN dalam masa terdekat - Hamzah

Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
Shuhada Abdul Kadir, Fareez Azman
19/10/2021
10:52 MYT
PRN Melaka: PN umum bentuk kerjasama dengan UMNO, BN dalam masa terdekat - Hamzah
Hamzah berkata tidak timbul isu perpecahan dalam PN Melaka meskipun kerjasama bersama UMNO belum diputuskan. - Gambar fail
AYER KEROH: Perikatan Nasional (PN) akan mengumumkan bentuk kerjasama bersama rakan politik termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata pemimpin parti komponen PN termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Gerakan dan Pas akan mengadakan perbincangan dengan rakan politik lain untuk membentuk kerjasama berkenaan.
“Kita akan mula berbincang, yang mana Pas juga akan mengadakan perbincangan... dan wakil-wakil pimpinan PN juga akan berbincang dengan pemimpin BN yang lain.
“Dalam masa terdekat ini kita akan umumkan bagaimana kerjasama dengan rakan-rakan politik itu,” katanya.
BACA: PRN Melaka: Kerjasama dengan parti lain dimuktamad awal bulan depan - Zahid Hamidi
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Gempur PN Melaka di sebuah hotel di sini, hari ini.
Hadir sama, tiga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Seri Ronald Kiandee, Datuk Rafiq Naizamohideen serta Datuk Radzi Jidn, selain Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sementara itu, beliau berkata tidak timbul isu perpecahan dalam PN Melaka meskipun kerjasama bersama UMNO belum diputuskan.
Malah beliau berkata, kerjasama politik yang berlaku di peringkat Pusat boleh dipraktikkan pada PRN nanti.
“Kerajaan Pusat telah membuktikan bahawa kita boleh bekerjasama. Jadi bukan (setakat) hanya di Melaka, semua negeri boleh adakan kerjasama itu dan tidak timbul soal perpecahan.
“Bukan bersedia (kerjasama), tetapi matlamat kita adalah tidak ada perpecahan (kerana) apabila ada perpecahan semua boleh berpecah-belah bukan hanya di peringkat atasan tetapi bahawan dan kita tidak lagi mahu lihat rakyat berpecah,” katanya.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Perikatan Nasional
#UMNO
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan