awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000

Sinar Harian
Sinar Harian
19/10/2021
08:29 MYT
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap, pada Isnin. - Gambar hiasan
KOTA TINGGI: Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Hussin Zamora berkata, pasangan itu ditahan selepas diperiksa dalam satu sekatan jalan raya di Inas, Jalan Kulai - Kota Tinggi.
“Semalam kita telah kompaun sepasang suami isteri yang didapati merentas negeri tanpa vaksin lengkap.
“Pasangan ini dipercayai bergerak dari Perak menuju ke Kulai menggunakan Jalan Inas. Nilai kompaun adalah sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya kepada pemberita di sini, pada Selasa.
Hussin berkata, pasangan berkenaan dikenakan kompaun di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Katanya, usaha sedemikian akan terus dilakukan menerusi pemantauan dengan operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar daerah ini.
“Pihak kami akan terus menjalankan operasi dan nasihat akan sentiasa diberikan kepada masyarakat sebagai usaha membendung penularan wabak COVID-19,” katanya.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Suami isteri dikompaun, rentas negeri tanpa lengkap vaksinasi
Topic Berkaitan
#Kota Tinggi
#Sekatan Jalan Raya
#rentas negeri
#tidak ada vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan