MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Oktober 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Oktober 2021.
Timbalan Yang Dipertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyeru rakyat supaya menghayati semangat Keluarga Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Parlimen: Pemilihan Timbalan YDP Dewan Rakyat ditangguh
2. Kerajaan sekali lagi menangguh pelantikan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang baharu.
Hasil siasatan Pandora Papers yang didakwa melibatkan beberapa figura terkemuka negara akan dibentang di Parlimen selepas selesai.
Kabinet akan menetapkan tarikh baharu untuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Sejumlah 4,782 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Pertambahan kes baharu itu menjadikan 2,436,498 kes kumulatif direkodkan ketika ini.
Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning V. Ganabatirau yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kakitangan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) baru-baru ini dianggap sangat keterlaluan, seolah-olah merendahkan penjawat awam yang sedang bertugas, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat.
Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul untuk mengungkai tujuh Ordinan Darurat, yang telah dikuatkuasakan sepanjang tempoh Proklamasi Darurat antara 11 Januari hingga 1 Ogos tahun ini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiada kesalahan yang boleh dikaitkan dengan senarai nama yang didedahkan dalam Pandora Papers yang didakwa membabitkan beberapa nama orang kenamaan di negara ini.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong menggesa agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak mencari helah untuk muncul bersamanya bagi program perdebatan mengenai Dasar Kabotaj pada 2 November nanti.
Tindakan mahkamah membenarkan pemulangan pasport beberapa bekas pemimpin bagi tujuan perubatan dan lawatan dianggap 'luar biasa' oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami