awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MA63: Tarikh baharu pembentangan RUU pinda perlembagaan ditentukan kelak - Wan Junaidi

Bernama
Bernama
25/10/2021
10:07 MYT
MA63: Tarikh baharu pembentangan RUU pinda perlembagaan ditentukan kelak - Wan Junaidi
RUU berkenaan sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat esok (26 Okt), diikuti bacaan kali kedua pada 28 Okt ini. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kabinet akan menetapkan tarikh baharu untuk pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda beberapa peruntukan Perlembagaan Malaysia selaras Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Beliau berkata penangguhan itu susulan tiada kata sepakat dicapai mengenai cadangan pindaan terhadap beberapa artikel berkaitan Perlembagaan Persekutuan semasa sesi perbincangan semalam, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
RUU berkenaan sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat esok (26 Okt), diikuti bacaan kali kedua pada 28 Okt ini.
BACA: MA63: RUU pinda perlembagaan dibentang 26 Oktober seperti dirancang - Wan Junaidi
Wan Junaidi dalam kenyataan hari ini berkata tarikh baharu bacaan kali pertama RUU itu akan ditetapkan selepas taklimat daripada Peguam Negara berhubung perkara berkenaan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat (29 Okt) ini.
"Walaupun Kabinet pada prinsipnya bersetuju dengan usul RUU itu, ada beberapa menteri meminta penjelasan lanjut mengenai pindaan tersebut. Itu sebabnya kenapa Kabinet memutuskan agar menetapkan tarikh baharu pembentangan RUU selepas taklimat daripada Peguam Negara," katanya.
Wan Junaidi berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan RUU berkenaan mendapat sokongan penuh daripada semua menteri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#MA63
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Perjanjian Malaysia 1963
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan