awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiap warga ada tempat dalam Keluarga Malaysia - Sultan Nazrin

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
25/10/2021
04:19 MYT
Setiap warga ada tempat dalam Keluarga Malaysia - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin bertitah amat penting diberikan keyakinan bahawa setiap warga ada tempat dalam keluarga Malaysia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyeru rakyat supaya menghayati semangat Keluarga Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam hasrat menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia, Baginda bertitah amat penting diberikan keyakinan bahawa setiap warga ada tempat dalam keluarga besar Malaysia.
“Amalkan budaya terbuka, bersedia menerima perbezaan pendapat dan kelainan pandangan, begitu juga menghargai perbezaan pendekatan dan perbezaan kaedah, agar tercapai konsensus pendapat, pandangan, pendekatan dan kaedah terbaik untuk manfaat negara dan warga.
“Suara yang berbeza sewajarnya diberi ruang untuk boleh diluahkan kerana rintihan hati yang dikurung berpotensi menyalakan bara marah dan mengalirkan lava dendam yang lebih volkano sifatnya,” titahnya di Dewan Seri Bendahara, Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Baginda bertitah demikian dalam Istiadat Mengucap Selamat Berangkat, bagi menandakan berakhirlah tempoh tanggungjawab yang diamanahkan kepada baginda dalam menjalankan tugas-tugas ketua utama negara.
Titah Baginda lagi, semakin besar saiz keluarga, semakin kompleks cabaran yang dihadapi, kerana bilangan ahli keluarga yang ramai semestinya dikembari dengan suara yang semakin banyak, selera yang semakin rencam dan keperluan yang semakin pelbagai.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Timbalan Yang Dipertuan Agong
#Sultan Nazrin Muizzuddin Shah
#Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan