Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 26, 2021 15:58 MYT
Oktober 26, 2021 15:58 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Oktober 2021.
Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran pelanjutan pelepasan sementara pasport Datuk Seri Najib Razak untuk ke Singapura bagi mengunjungi anak perempuannya.
Pandangan Awang Azman menerima respons daripada Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi laman Twitter yang menegaskan, COVID-19 adalah tidak sihat untuk rakyat.
SPRM menahan 16 pengarah syarikat disyaki terlibat penyelewengan geran peruntukan dikeluarkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), tengah malam tadi.
Tiada amalan berat sebelah atau ‘double standard’ dalam penguatkuasaan SOP, terutamanya pada pilihan raya negeri yang bakal berlangsung di Melaka, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Semua pekerja asing baharu yang tiba di Malaysia mesti menjalani tempoh pengasingan tujuh hari di pusat kuarantin terpilih, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Malaysia menyokong penuh keputusan Brunei selaku Pengerusi ASEAN, berhubung isu perwakilan dari Myanmar pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 serta Sidang-sidang Kemuncak Berkaitan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat tiba di tanah air selepas menamatkan Lawatan Khas ke United Kingdom hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,442,224 kes.
Mendiang yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) meninggal dunia selepas mengadu sakit dada dan positif COVID-19.
Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka walaupun ada permintaan untuk parti itu berbuat demikian.