awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Dewan Negara Senator Guan Dee meninggal dunia

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
26/10/2021
11:02 MYT
Ahli Dewan Negara Senator Guan Dee meninggal dunia
Guandee dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk tempoh bermula 16 Dis 2020 hingga 15 Dis 2023. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Negara Senator Datuk Guan Dee Kohoi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur, petang Selasa.
Mendiang yang juga Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) meninggal dunia selepas mengadu sakit dada dan positif COVID-19.
Bekas Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu dimasukkan ke hospital sekitar jam 5 pagi tadi sebelum meninggal dunia pada 4.45 petang Selasa.
Mendiang berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri mesyuarat Perikatan Nasional, mengadu sakit dada awal pagi tadi.
Sementara itu, Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata beliau amat sedih dengan berita tersebut dan menyifatkan parti kehilangan pemimpin berharga.
"Beliau merupakan sekutu saya yang paling setia dan kawan yang paling saya sayangi.
"Beliau telah bersama saya melalui suka dan duka, walaupun ketika saya tidak mempunyai apa-apa, beliau tidak pernah meninggalkan saya," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Menurut Jeffrey, kali terakhir mereka berhubung adalah pada pukul 10 pagi hari ini, apabila mendiang menghubunginya dari hospital.
"Beliau memberitahu saya bahawa beliau baik-baik sahaja dan tidak perlu risau. Dia memberi jaminan kepada saya dia akan keluar dalam masa tiga, empat hari. Ini benar-benar melukakan hati saya," katanya.
Topic Berkaitan
#Senator Guan Dee meninggal dunia
#Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku
#STAR Sabah
#Ahli Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan