Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 14, 2021 15:47 MYT
November 14, 2021 15:47 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 November 2021.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menyampaikan surat tawaran melanjutkan pelajaran kepada anak pegawai bomba yang lemas ketika menjalankan operasi menyelamat mangsa banjir di Sungai Putat, Ayer Keroh, Oktober lepas.
Kerajaan negeri Kedah bersetuju meluluskan bantuan khas kewangan RM1,000 untuk diberikan kepada setiap seorang penjawat awam dan anggota pentadbiran negeri, bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
Semua tadika dan taska Jabatan Kemajuan Masyarakat akan beroperasi sepenuhnya menjelang Januari tahun depan, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Kerajaan Kelantan meluluskan program pemutihan pernikahan bagi pasangan yang melangsungkan pernikahan luar negara sebelum tahun 2005.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan penambahan kes baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan dalam negara kini mencapai 2,546,309 kes.
Pemandu-pemandu bas atau van sekolah digalakkan untuk turun dari kenderaan dan memantau pelajar sehingga mereka masuk ke dalam kawasan sekolah atau kediaman dengan selamat.
Bercakap tentang harga, ramai pasti terkejut kerana harga yang ditawarkan di pasaran untuk spesies ini adalah sekitar RM800 dan boleh mencecah RM1,500 sekilogram.
Menurut bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, jika dilihat faktor tersebut adalah antara punca yang tidak boleh dinafikan kerana sesetengah kawasan di bahagian tengah dan juga luar bandar di negeri tersebut sering dilanda banjir.
“Jabatan Kesihatan Selangor telah mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor,” kata Ahli Parlimen Rembau itu dalam satu ciapan di Twitter pada Ahad.
Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November nanti, Perikatan Nasional (PN) melancarkan ikrar bagi parti itu.