KUALA LUMPUR: Pemandu-pemandu bas atau van sekolah digalakkan untuk turun dari kenderaan dan memantau pelajar sehingga mereka masuk ke dalam kawasan sekolah atau kediaman dengan selamat.
Ini kerana menurut Pengarah Eksekutif Safe Kids Malaysia, Prof Dr Kulanthayan Kc Mani, pemandu perlu tahu bahawa golongan kanak-kanak ini mempunyai had tertentu dalam menilai situasi dan masih memerlukan pemantauan orang dewasa.
“Pertama kepada semua pemandu-pemandu bas dan van sekolah, kalau boleh, sebaiknya buka tingkap kenderaan agar kita boleh dengar sumber bunyi daripada luar.
“Kedua, temani kanak-kanak ini supaya mereka selamat dan kanak-kanak ini perlu diajar jangan melintas di hadapan kenderaan kerana biasanya kenderaan akan bergerak ke depan jarang sekali bergerak ke belakang.
“Ketiga, kanak-kanak ini perlu diajar supaya jangan berada di kawasan terlindung kerana saiz kanak-kanak yang kecil dan mereka perlu tahu ada banyak titik buta (blindspot) pada kenderaan,” jelasnya.
Bagaimanapun kata Prof Kulanthayan, bagi kanak-kanak yang berusia 8 tahun ke bawah, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat dan selamat walaupun telah diajar tentang risiko dan keselamatan.
“Atas dasar tersebut kita minta agar kanak-kanak ini sentiasa ditemani dan dipantau orang dewasa.
“Limitasi kanak-kanak yang berumur 8 tahun ini dari segi pandangan adalah satu per tiga daripada pandangan orang dewasa. Begitu juga dengan bunyi, mereka boleh dengar bunyi tapi mereka tidak dapat nak pastikan dari kanan atau kiri sehinggalah sumber bunyi tersebut sudah hampir rapat dengan mereka,
"Begitu juga dengan pemikiran mereka kalau melihat kenderaan, kanak-kanak ini berfikir bahawa semua kenderaan boleh berhenti serta-merta sedangkan kenderaan ada lajaknya ketika berhenti. Maka, atas sebab ini, keselamatan kanak-kanak perlu dipantau setiap masa,” katanya lagi.
Prof Kulanthayan mengulas kejadian kemalangan yang menimpa seorang murid perempuan tahun satu di Salak Tinggi dilanggar van sekolah ketika melintas di hadapan kenderaan itu pada Jumaat lepas, sekali gus mengundang semula persoalan keselamatan golongan berkenaan.
Ia turut merangkumi aspek risiko kemalangan kepada golongan kanak-kanak.
Azyyati Ahmad
Sun Nov 14 2021

Bagi kanak-kanak yang berusia 8 tahun ke bawah, mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membuat keputusan yang tepat dan selamat walaupun telah diajar tentang risiko dan keselamatan. - Gambar hiasan

PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.

STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting dalam pembangunan negara sekali gus membantu memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju.

EU sekat penjualan mikroplastik
Suruhanjaya Eropah sekat penjualan mikroplastik dan produk yang secara sengaja mengeluarkan mikroplastik semasa digunakan, menurut kenyataan suruhanjaya itu pada Isnin.

Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Malaysia Airlines lancar penerbangan baharu ke Kertajati Indonesia
Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.

Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai
Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Musim menuai di Kedah bantu pulih bekalan beras putih di pasaran
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lebih RM302.4 juta bayaran saman dikutip dalam tempoh lapan bulan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM302,433,000 dalam tempoh Januari hingga Ogos lepas melibatkan 1,913,840 saman.
AWANI 7:45 [25/09/2023] - Sanusi sahkan beri keterangan | Teknologi AI terbuka sumbang jenayah | Tarikh penamaan 21 Oktober 2023 | Peluang rangkul pingat emas
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar;
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia
1. SPRM tanya saya empat soalan berkaitan REE, kata Sanusi
2. Hanya tempoh lapan bulan, lebih 15,000 ditahan kes jenayah dalam talian
3. Tarikh undi PRK DUN Jepak, 4 November 2023
4. Tiada siapa jangka e-sukan sumbang pingat pertama Malaysia di Sukan Asia

Dera anak: Reman bapa kandung, ibu tiri disambung tujuh hari
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, permohonan sambung reman terhadap pasangan suami isteri berumur 27 dan 31 tahun itu dibuat selepas tempoh reman tu

Kanak-kanak maut pesawat tentera udara terhempas ketika lakukan akrobatik
Ibu bapa kanak-kanak yang maut dan seorang budak lelaki berusia 9 tahun telah dimasukkan ke hospital Turin akibat melecur.

Cucu maut ditinggal nenek lebih sembilan jam dalam kereta
Menurut polis, suspek Setsuko Shibata meninggalkan cucunya dikenali Haruto Mese di tempat duduk kanak-kanak di belakang keretanya di sebuah hospital.

Lebih 330 juta kanak-kanak di seluruh dunia hidup dalam kemiskinan ekstrem - PBB
Satu daripada setiap enam kanak-kanak terpaksa bertahan dengan pendapatan kurang daripada AS$2.15 sehari.

Kereta mengundur laju langgar kanak-kanak perempuan
Kejadian kira-kira jam 6.40 petang itu menyebabkan kanak-kanak terbabit mengalami calar di bahagian muka.

Penggunaan skrin terlalu lama tingkat potensi kemurungan kanak-kanak
Penggunaan skrin terlalu lama dalam kalangan kanak-kanak menyebabkan sikap kurang bergaul, sukar menyesuaikan diri dan bertindak lebih agresif.

Budak 5 tahun maut didera ibu, teman lelaki
Bantuan pernafasan telah diberikan pegawai perubatan namun tiada respons positif sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.

Kes gangguan seksual kanak-kanak membimbangkan - Nancy
Kes gangguan seksual melibatkan kanak-kanak menunjukkan trend membimbangkan dengan 35 kes dilaporkan pada tahun lepas.

Isu kewarganegaraan: Bincang semula cadangan pindaan Perlembagaan mudaratkan kanak-kanak - HAWA
Kerajaan digesa tidak lagi menangguhkan proses pindaan membolehkan kanak-kanak mendapat kerakyatan Malaysia secara automatik tanpa dihalang oleh status perkahwinan dengan rakyat bukan wargenegara.

SUHAKAM beri peringatan untuk lebih peka terhadap keselamatan kanak-kanak
Pihak berkuasa wajar mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa atau penjaga yang cuai, demi kepentingan terbaik kanak-kanak.