Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 16, 2021 15:59 MYT
November 16, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 November 2021.
Menurut SPR, jumlah pengundi awal terdiri daripada 9,217 anggota tentera dan pasangan serta 2,340 anggota polis.
Tindakan tegas perlu dilakukan bagi memastikan unit tersebut dikosongkan segera bagi membolehkan penyewa baharu masuk.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk memindahkan kes rasuahnya membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada jaguh dan legenda skuasy negara Datuk Nicol Ann David.
Syarikat konsortium pertanian Sinergi Perdana Sdn Bhd didenda RM40,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal memastikan keselamatan di tempat kerja sehingga menyebabkan seorang pekerja maut terkena renjatan elektrik, dua tahun lepas.
Kanak-kanak cilik yang pernah viral satu ketika dahulu kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan, Fatimah Omar Mukhlis dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru.
Muhammad Munzir Abdul Razak, 19, dipercayai dalam perjalanan ke pusat pengajiannya di Yayasan Khairiah, Kampung Pisang, Kupang, sebelum motosikalnya berlanggar dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jam 11.30 pagi.
Sejumlah 89.9 peratus atau 10,390 petugas barisan hadapan terdiri daripada anggota tentera, pasangan mereka dan polis selesai proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, hari ini.
Pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara 'walk-in' di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.
Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth di sini, malam ini.