KUALA LUMPUR: Individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara 'walk-in'.
Menurut Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak - Booster (CITF-B) dalam satu kenyataan, pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara 'walk-in' di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021.
Pendaftaran secara 'walk-in' ini akan dilaksanakan bagi:
• Individu yang layak pemberian dos penggalak;
• Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu;
• Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19;
• Individu yang terlepas janji temu vaksin; dan
• Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi
Walau bagaimanapun buat masa ini, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:
1. Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan;
2. Individu berusia 40 tahun dan ke atas;
3. Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi;
4. Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang;
5. Ibu mengandung; dan
6. Keperluan ke luar negara
Dengan pendekatan ini, CITF-B percaya ia akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak untuk secara sukarela menerima dos penggalak lebih awal tanpa perlu menunggu lebih lama.
“Mereka yang telah berjaya mendaftar akan dimasukkan ke dalam senarai menunggu terlebih dahulu dan akan dihubungi oleh pengamal perubatan swasta terbabit sekiranya ada pembatalan janji temu atau no show oleh mereka yang telah menerima janji temu vaksin dalam MySejahtera.
“Pendekatan seumpama ini juga akan membantu Kerajaan memastikan vaksin tidak dibazirkan dan dapat digunakan secara optima,” jelas kenyataan itu lagi.
Selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel.
“Orang ramai boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan walkin/telefon/email untuk daftar temujanji ini melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November 2021.
Setakat ini, lebih satu juta dos penggalak telah diberikan kepada mereka yang layak di seluruh negara dan Kerajaan kini dalam usaha untuk meningkatkan usaha pemberian dos penggalak bagi memastikan tempoh perlindungan yang optima dapat dicapai.
Faris Danial Razi
Tue Nov 16 2021

Pendaftaran nama dalam senarai menunggu (waiting list) secara 'walk-in' di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara akan bermula pada 22 November 2021. - Foto Astro AWANI

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Ibu bapa perlu ambil peluang lindungi anak sebelum PICKids ditutup - Khairy
Ia memandangkan pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) dos pertama hanya tinggal lapan hari sebelum ditutup pada 15 Mei ini.

PICKids: 1.34 juta kanak-kanak sudah terima vaksin
Sehingga Ahad, 38 peratus kumpulan berkenaan telah menerima dos pertama manakala 0.4 peratus sudah mula mendapatkan dos kedua.

Lebih 1.3 juta populasi kanak-kanak di Malaysia terima vaksin COVID-19
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,848,821 individu telah melengkapkan vaksinasi.

Isu vaksin: Pejabat Muhyiddin jawab dakwaan Ustaz Abu Syafiq
Dakwaan Muhyiddin dan delegasi tidak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 atau Meningococcal Meningitis (MM) itu tidak benar.

Dos penggalak: Pendaftaran secara 'walk-in' bermula 22 November
Individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) kini sudah boleh melakukan pendaftaran secara 'walk-in'.

Vaksinasi remaja: 3 beradik teruja divaksinasi bersama-sama
Meskipun tarikh dan masa mereka sama dengan orang dewasa namun semua proses, dari pendaftaran sehinggalah pemantauan selepas divaksin, segalanya berjalan lancar.

81.8 peratus populasi dewasa lengkap dos vaksin COVID-19
Sejumlah 326,612 dos suntikan vaksin diberikan pada Khamis di mana 194,050 adalah bagi dos kedua, manakala 132,562 adalah bagi dos pertama.

77.5 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 92.9 peratus atau 21,861,904 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

76.2 peratus populasi dewasa di Malaysia lengkap divaksinasi - JKJAV
76.2 peratus atau 17,833,355 individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19 setakat Rabu.

COVID-19: 72.7 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi - JKJAV
PICK terus menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila lebih 17.02 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 setakat Sabtu.