awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu kandung, bapa tiri ditahan kes dera kanak-kanak di Nilai
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
PBB tuduh Israel amal dasar ‘aparteid’ di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
24/11/2021
15:59 MYT
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 November 2021.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 November 2021.
1. PRN Sarawak: Tarikh pengundian 18 Dis, penamaan calon 6 Dis - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
2. Parlimen: Caruman baharu pengeluar i-Sinar, i-Citra dikreditkan sepenuhnya ke Akaun 1 KWSP
Dengan itu pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk Akuan 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2
3. Keputusan pertukaran guru melalui eGTukar 6 Disember ini
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, pemakluman itu kelak akan membolehkan guru-guru membuat persiapan yang sewajarnya.
4. Kes SRC: Mahkamah tolak permohonan Najib tangguh keputusan rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan tarikh keputusan bagi rayuan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dijadualkan pada 8 Disember ini.
5. JPN Perak siasat dakwaan guru belum divaksin diasingkan di stor
Kerajaan Perak mengambil maklum isu seorang lelaki yang mendakwa sebagai seorang guru telah diasingkan oleh pihak sekolah dekat sini, di sebuah bilik simpanan stor kerana belum menerima vaksin COVID-19.
6. Anwar, empat wakil rakyat gagal cabar tindakan Muhyiddin nasihat gantung sidang Parlimen
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat wakil rakyat gagal dalam rayuan mereka untuk mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen semasa tempoh darurat.
7. COVID-19: 5,755 kes baharu, 47 kematian direkodkan
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,602,835 kes.
8. VTL: Laluan udara, darat Malaysia-Singapura dibuka 29 November
Malaysia dan Singapura bekerjasama untuk melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin - Laluan Darat (VTL-Land) pada 29 November ini.
9. Comirnaty, AstraZeneca, CoronaVac disyor sebagai dos penggalak semua penduduk dewasa - Khairy
Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) telah mengesyorkan dos penggalak melibatkan tiga jenis vaksin diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas.
10. Tabiat berbelanja barangan mewah Zahid tidak berkaitan dengan kes rasuah - Peguam
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tabiat berbelanja dan membeli-belah barangan mewah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis menggunakan kad kredit mereka sendiri tidak seharusnya dibangkitkan oleh pendakwaan kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#berita utama
#berita tempatan
#Berita AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan