Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 24, 2021 15:59 MYT
November 24, 2021 15:59 MYT
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 November 2021.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Dis sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Dengan itu pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus untuk Akuan 1 dan 30 peratus untuk Akaun 2
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, pemakluman itu kelak akan membolehkan guru-guru membuat persiapan yang sewajarnya.
Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhkan tarikh keputusan bagi rayuan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) yang dijadualkan pada 8 Disember ini.
Kerajaan Perak mengambil maklum isu seorang lelaki yang mendakwa sebagai seorang guru telah diasingkan oleh pihak sekolah dekat sini, di sebuah bilik simpanan stor kerana belum menerima vaksin COVID-19.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan empat wakil rakyat gagal dalam rayuan mereka untuk mencabar tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong menggantung Parlimen semasa tempoh darurat.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,602,835 kes.
Malaysia dan Singapura bekerjasama untuk melancarkan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin - Laluan Darat (VTL-Land) pada 29 November ini.
Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) telah mengesyorkan dos penggalak melibatkan tiga jenis vaksin diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas.
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa tabiat berbelanja dan membeli-belah barangan mewah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isterinya Datin Seri Hamidah Khamis menggunakan kad kredit mereka sendiri tidak seharusnya dibangkitkan oleh pendakwaan kerana ia tidak mempunyai kaitan dengan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri itu.