ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Disember 2021.


1. [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: Rakyat Bumi Kenyalang ... kitak udah sedia milih

Proses pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 bermula pada 7.30 pagi ini dengan pembukaan 1,866 pusat mengundi membabitkan 3,555 saluran bagi rakyat di Bumi Kenyalang memilih kerajaan negeri yang baharu.



2. 10 maut dalam kemalangan tiga kereta, treler di Lebuhraya ELITE

Sepuluh individu maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan sebuah treler di kawasan Rehat Rawat USJ Lebuhraya ELITE menghala Shah Alam, malam tadi.


3. Segera hantar bantuan kepada mangsa banjir - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesa agar bantuan kepada mangsa-mangsa banjir diberikan segera.


4. Warga KL diminta waspada, 4 sungai utama di Lembah Klang lepasi paras bahaya

Penduduk di Kuala Lumpur diminta bersedia dengan segala kemungkinan banjir susulan hujan yang telah berlanjutan lebih 24 jam.


5. Hujan luar biasa, air pasang punca banjir di Selangor - MB

Hujan luar biasa sejak pagi semalam dan berterusan sehingga kini ditambah dengan kejadian air pasang menyebabkan beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir.


6. PRU15: BN tetap pendirian bergerak sendirian - Mohamad

Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi UMNO tetap dengan pendirian untuk bergerak sendirian dan tidak mahu terikat dengan mana-mana parti lain dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.


7. Tiada sebarang perbincangan mengenai kerjasama bersama PN - Anwar

Tiada sebarang perbincangan dalam Pakatan Harapan (PH) berhubung cadangan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.


8. UMNO perlu buat pendirian mengenai Muafakat Nasional - Ismail Sabri

UMNO perlu membuat keputusan yang jelas mengenai isu Muafakat Nasional (MN) yang menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ahli UMNO, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


9. 11 lagi kes varian Omicron dikesan di Malaysia - Dr Noor Hisham

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan 11 lagi kes varian Omicron dikesan di Malaysia.


10. Dr Lavanya Sivaji positif COVID-19, pentas akhir Miss World ditangguh

Wakil Malaysia ke pertandingan Miss World 2021 disahkan positif COVID-19. Dr Lavanya Sivaji dan beberapa peserta dari negara lain dijangkiti COVID-19 sehari sebelum acara final dijadualkan berlangsung.