KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengesahkan 11 lagi kes varian Omicron dikesan di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan ini sejumlah 13 kes dikesan membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) itu dikesan di Malaysia, setakat Sabtu.
"Kesemua 11 kes itu adalah kes import yang melibatkan sembilan rakyat tempatan dan dua warga Nigeria," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media memaklumkan, 18 kes disyaki berkemungkinan varian Omicron dan KKM sedang menunggu keputusan pengesahan daripada jujukan genom penuh.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham memberitahu, masing-masing tiga kes itu mengembara dari United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).
Sementara dua daripada mereka katanya dari Nigeria, Arab Saudi (dua individu) dan satu kes dari Australia.
"Pemeriksaan mendapati lapan daripada mereka mempunyai gejala namun hanya pada tahap kategori dua manakala selebihnya tidak bergejala.
"Justeru itu, lima daripada mereka sedang menjalani kuarantin di rumah sementara selebihnya di stesten kuarantin," katanya.
Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, kesemua kes itu sedang dalam siasatan lanjut KKM bagi mengenal pasti punca jangkitan dan kontak rapat.
Beliau turut menjelaskan, tujuh daripada 18 sampel yang disyaki varian Omicron sebelum ini bagaimanapun tidak dapat disahkan varian tersebut memandang ujian jujukan genom penuh tidak berjaya dijalankan yang mungkin disebabkan tahap viral load yang rendah dalam sampel-sampel yang diterima.
Ketujuh-tujuh sampel itu katanya, mempunyai nilai kitaran ambang (CT value) yang tinggi iaitu enam sampel dengan CT value melebihi 30 dan satu sampel mempunyai CT value 28.47.
Dalam pada itu, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga mengesan 13 lagi kes import yang menunjukkan kemungkinan varian Omicron pada 17 Disember lalu dan kini sedang menunggu keputusan pengesahan daripada jujukan genom penuh (WGS).
"KKM juga ingin memaklumkan bahawa sebanyak 222 kes baharu varian dilaporkan daripada 11 Disember 2021 sehingga 17 Disember 2021.
"IMR telah mengenal pasti sebanyak 128 kes baharu yang kesemuanya adalah varian yang membimbangkan (VOC) iaitu 117 varian Delta (B.1.617.2) dan 11 varian Omicron (B.1.1.529) , manakala Institut Genom Malaysia (MGI) mengenal pastisebanyak 48 kes baharu yang kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).
"Di samping itu, UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI) juga telah mengenal pasti 46 kes baharu yang kesemuanya adalah VOC iaitu varian Delta (B.1.617.2). Sehingga kini, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian berkepentingan (VOI) adalah sebanyak 5,213 kes," tambahnya.
Daripada jumlah yang dikesan itu, Dr Noor Hisham berkata, 5,193 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.
Beliau memaklumkan, secara keseluruhan, bagi VOC terdapat sebanyak 4,933 kes varian Delta, 233 kes varian Beta, 14 kes varian Alpha dan 13 kes varian Omicron.
Manakala bagi kes-kes VOI, terdapat sebanyak 13 kes varian Theta, empat kes varian Kappa dan tiga kes varian Eta.
Dengan peningkatan kes import varian Omicron di Malaysia ini, Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan meningkatkan lagi aktiviti kawalan dan pencegahan COVID-19 termasuk varian Omicron di semua Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dan di dalam komuniti.
"Justeru, KKM menggalakkan supaya setiap individu mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 agar tahap perlindungan yang optimum dapat dicapai bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Terus amalkan norma baharu dan pematuhan kepada SOP sedia ada," kata beliau lagi.
Umavathi Ramayah
Sat Dec 18 2021

Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, dengan kes baharu ini sejumlah 13 kes dikesan membabitkan varian yang membimbangkan (VOC) itu di Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA

Banjir Baling: Warga emas berpaut pada pokok elak dibawa arus deras
Sebaik melihat air naik dengan cepat memasuki rumah mereka, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

COVID-19: Peru kuatkuasakan semula pemakaian pelitup muka
Keputusan itu dibuat kerana peningkatan jangkitan telah melebihi lima peratus.

COVID-19: 1,918 kes baharu, lapan kematian direkod
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, jumlah kematian dalam negara ketika ini adalah 35,784 kes.

Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 mungkin jadi dominan di Thailand
Subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 menyumbang 50 peratus kadar jangkitan COVID-19 pada minggu lepas dan ia dijangka menjadi dominan di Thailand tidak lama lagi.

Presiden Singapura positif COVID-19
Presiden Singapura Halimah Yacob hari ini disahkan positif COVID-19 dengan mengalami gejala ringan.

Ekonomi ASEAN diunjur tumbuh 4.9 peratus tahun ini
Keberkesanan program vaksinasi membolehkan pembukaan semula negara-negara anggota kesatuan terbabit, sekali gus mempercepat aktiviti ekonomi dan menyokong pemulihan pasaran pekerjaan.

COVID-19: Kes baharu, kematian meningkat minggu lepas - Dr Noor Hisham
Kes baharu harian COVID-19 meningkat 6.1 peratus pada minggu epidemiologi (ME) ke-26.

PM Ismail Sabri adakan lawatan ke Turkiye atas jemputan Presiden
Semasa lawatan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai kerjasama pascapandemik COVID-19.

COVID-19: Vaksin khusus Omicron mampu tingkat perlindungan - EMA
Keberkesanan vaksin telah terjejas apabila virus itu telah bermutasi.

COVID-19: 2,536 kes baharu, lima kematian direkod
Tiada kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.