MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Januari 2022.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Januari 2022.
1. 85,134 tan sisa banjir dibersihkan di enam negeri terjejas banjir
Kesemua sisa banjir itu telah dibersihkan di enam negeri yang terjejas bencana berkenaan setakat semalam.
2. Akhiri AIDS: KKM jenama semula pekerja 'outreach', pekerja kes
Langkah tersebut diambil dengan matlamat utama untuk mengakhiri masalah penyakit HIV AIDS di negara ini.
3. Jualan Keluarga Malaysia: Rakyat diseru ambil peluang barangan harga diskaun
Selain meringankan beban rakyat, program tersebut juga membantu mempromosikan produk minyak sawit kepada pengguna.
4. Anak penggal kepala ibu hingga maut
Seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang di sini pada Sabtu.
5. Tiada bukti Omicron mampu bina imuniti - Khairy
Setakat ini, tidak ada mana-mana pendekatan kesihatan awam di dunia yang menyatakan individu dijangkiti varian Omicron COVID-19 mampu membina imuniti daripada wabak itu.
6. Pas nafi gugur Khairuddin sebab MN
Pas menafikan penarikan kembali jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang disandang Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkait dengan Muafakat Nasional (MN).
7. Terbuka Australia 2022: Rayuan visa Djokovic ditolak, akan diusir keluar dari Australia
Hakim Mahkamah Persekutuan Australia hari ini menolak rayuan pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic untuk penarikan semula visanya yang dibatalkan buat kali kedua pada Jumaat.
8. JSJN Bukit Aman rampas ketamin dianggar bernilai RM111.2 juta
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mencatatkan rampasan ketamin terbesar pertama tahun ini selepas merampas dua tan dadah tersebut yang dianggar bernilai RM111.2 juta di sebuah kilang di kawasan perindustrian di Pusing, dekat Batu Gajah.
9. Angin kencang di timur Sabah, cuaca panas di utara Semenanjung
Angin kencang di timur Sabah dijangka berterusan hingga 18 Jan ini, dengan keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan berkenaan.
10. "Saya akan hubungi Pejabat Pendaftaran Isnin ini," kata PM kepada Rohana
Kisah gadis berbangsa Melayu yang dijaga seperti anak sendiri oleh wanita warga emas berbangsa Cina sejak berusia dua bulan, berjaya mendapat perhatian Perdana Menteri.