KOTA BHARU: Pas menafikan penarikan kembali jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang disandang Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali berkait dengan Muafakat Nasional (MN).
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Pas tidak pernah menggugurkan seseorang itu daripada jawatan hanya disebabkan berbeza pendapat, kecuali kerana bercanggah dengan perlembagaan parti.
Bahkan Takiyuddin berkata Pas tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak mengaitkan pengguguran Khairuddin disebabkan usaha untuk memupuk kembali MN atau mengaitkan dengan Perikatan Nasional (PN).
“Saya hendak menafikan mana-mana pihak yang mendakwa dan mengatakan bahawa tindakan ke atas Khairuddin ini berpunca daripada MN atau PN, not at all, saya boleh mengesahkan perkara itu walaupun saya tak nak huraikan kenapa dan mengapa beliau digugurkan.
“Beliau memang AJK dalam Majlis Perunding MN tapi bukan dia seorang. Pengerusi dia adalah Timbalan Naib Presiden. Saya sendiri dalam jawatankuasa itu. Tidak ada kebenaran langsung dakwaan tindakan atau keputusan Pas Pusat kerana MN dan PN. Saya menafikan, siapa yang hendak buat kenyataan itu saya boleh ambil tindakan undang-undang,” katanya di sini hari ini.
BACA: Hukum usahakan perpaduan Pas-UMNO wajib, bukan sunat - Khairuddin
Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi Khairuddin di laman Facebooknya yang memaklumkan hukum untuk mengusahakan perpaduan antara Pas dan UMNO dari segi syarak wajib dan bukannya sunat.
Ulasan yang dibuat Khairuddin itu selepas beliau digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.
Khairuddin dalam tulisannya turut mengajak pemimpin kembali memperkasakan dan menyuburkan perpaduan antara kesemua parti melalui MN.
Takiyuddin dalam pada itu tidak menjelaskan sebab-sebab pengguguran Khairuddin sebaliknya menyatakan tindakan itu diambil kerana membabitkan masalah pentadbiran dan pengurusan parti.
Tambah beliau, soal penarikan kembali jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang dilantik merupakan keputusan yang dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat dan bukannya keputusan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang semata-mata.
Manakala pelantikan lapan orang Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu juga turut diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat sejajar dengan perlembangaan parti.
Muhafandi Muhamad
Sun Jan 16 2022

Takiyuddin berkata Pas tidak pernah menggugurkan seseorang itu daripada jawatan hanya disebabkan berbeza pendapat, kecuali kerana bercanggah dengan perlembagaan parti. - Gambar fail

Inflasi Makanan | Peningkatan ekoran harga pasaran komoditi global
Inflasi makanan di Malaysia dijangka terus meningkat dalam jangka waktu terdekat berikutan tekanan harga pasaran komoditi global dan isu pasca COVID -19. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia merupakan isu sejagat tetapi malaysia sedang berusaha mengawalnya menerusi pengenalan pelbagai subsidi.

Pilihan Raya | 41 peratus belia 'belah bahagi' pilih parti bakal diundi
Lebih 41 peratus golongan belia di negara ini membabitkan mereka dari kalangan 18 tahun ke atas didapati masih berbelah bahagi tentang kecenderungan untuk memilih parti politik yang akan diundi mereka. Menurut Pengasas Bersama Architects of Diversity, Jason Wee, peratusan itu diperolehi menerusi hasil daripada tinjauan yang dijalankan oleh pihaknya ‘Tinjauan Manifesto Aspirasi Belia’ untuk menilai pemlihan golongan tersebut bagi PRU akan datang.

Peneroka rugi RM39,000 diperdaya Macau Scam
Seorang peneroka di Jempol mendakwa kerugian RM39,000 setelah diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan pegawai polis pada 7 Mei lepas.

Penipuan | Sindiket mencari pekerja 'scammer' dikesan
Satu sindiket yang aktif memperdaya golongan pencari kerja dengan menawarkan gaji lumayan untuk menjadi scammer, berjaya dikesan di Johor. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, jenayah itu berjaya dihidu selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa menghadiri temu duga dikendalikan sindiket berkenaan, di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.

Perolehan COVID-19 | Dr Adham sedia beri kerjasama siasatan SPRM
Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan berlaku isu rasuah dan penyelewengan berhubung perolehan berkaitan COVID-19.

Kerajaan NS, syarikat swasta laksana kerja dalamkan sungai atasi banjir
Kerajaan Negeri Sembilan akan bekerjasama dengan syarikat swasta dalam menyegerakan kerja membersih dan mendalamkan sungai bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap berlaku di negeri ini.

Pindaan Akta 716 dikuatkuasakan Julai ini - KP Perhilitan
Pengkuatkuasaan akta itu dibuat setelah ia diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Kekurangan bekalan: Ada peniaga jual ayam melebihi harga siling
Kebanyakan peniaga menjual ayam bulat pada harga RM8.90 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.

AWANI Ringkas: Dr Adham Baba sedia beri kerjasama kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sistem kesihatan Malaysia dapat markah tinggi menerusi inisiatif #GlobalSurgery
Pencapaian itu dikongsi Dr Kee B Park, individu bertanggungjawab di sebalik gerakan itu di laman Twitternya pada Rabu.

Pas nafi gugur Khairuddin sebab MN
Pas tidak pernah menggugurkan seseorang itu daripada jawatan hanya disebabkan berbeza pendapat, kecuali kerana bercanggah dengan perlembagaan parti.