MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KUALA LUMPUR: ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Januari 2022.
Penjualan tiket bas dan penerbangan bagi inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) antara Malaysia dan Singapura yang digantung sementara sejak 23 Dis lepas, dibuka semula berkuat kuasa hari ini.
Pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung gagal patuhi syarat
2. Pihak pengurusan tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal gagal mematuhi beberapa syarat dalam perjanjian konsesi yang dibuat pada 2012, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Dua ADUN dan seorang bekas senator mewakili DAP Sabah mengumumkan keluar parti malam tadi kerana mendakwa parti gagal melaksanakan perjuangan membela nasib rakyat Sabah.
Teka-teki siapa pengendali baharu skuad Harimau Malaya terjawab selepas Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM Penggal 2021-2025 di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia dalam sebarang pertandingan antarabangsa melibatkan negara berkuat kuasa 18 Januari lalu.
Masih tidak mampu bergerak, bercakap. Setiap kali menyentuh anak, pasti air matanya gugur.
Kes baharu COVID-19 terus melonjak apabila 4,046 kes lagi direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Ibu bapa perlu memainkan peranan dalam melindungi keselamatan anak-anak mereka yang berusia antara 5 hingga 12 tahun daripada dijangkiti COVID-19.
Polis Daerah Dang Wangi akan melakukan lencongan di enam jalan utama di sekitar ibu negara susulan penganjuran perhimpunan yang dijadual pada Sabtu.
10. Lebih 4 juta belia berusia 18 tahun didaftar secara automatik sebagai pemilih setakat 16 Jan - PM
Lebih 4 juta pengundi berusia 18 tahun telah didaftarkan sebagai pemilih secara automatik setakat 16 Jan lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami