ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 20 Mac 2022.
1. Lim Kit Siang umum bersara dari arena politik
Selama 56 tahun dan menjadi salah seorang pengasas DAP, beliau mengesahkan bahawa tidak akan bertanding bagi jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).
2. Sidang DUN: Sultan Kedah nasihat semua pihak amalkan demokrasi bermusyawarah
Baginda bertitah, kematangan dalam menyelesaikan hal-hal berkaitan negeri diperlukan oleh rakyat Kedah.
3. MB Selangor dakwa MySejahtera caj RM10 untuk sijil vaksinasi
Perkara tersebut yang turut menjadi punca lebih 12,000 penerima vaksin COVID-19 melalui program tersebut masih belum menerima sijil vaksinasi baru-baru ini.
4. COVID-19: 22,341 kes baharu, 85 kematian dicatatkan pada Sabtu
Kes baharu COVID-19 di negara ini menunjukkan sedikit penurunan apabila sebanyak 22,341 kes direkodkan pada Sabtu berbanding 27,004 pada Jumaat.
5. Yadim bantah, kesal penularan klip babak 'panas'
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) hari ini menyatakan bantahan dan kesal dengan penularan klip babak panas dipercayai sebagai mempromosi sebuah drama yang akan ditayang pada Ramadan nanti.
6. Beku akaun suami ingkar bayar nafkah, KPWKM bincang dengan kementerian, agensi berkaitan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berbincang lanjut dengan kementerian dan agensi yang berkaitan untuk melaksanakan tindakan membekukan akaun bekas suami yang tidak membayar nafkah.
7. BKM mula dibayar 28 Mac, ringankan beban rakyat sambut Ramadan - PM
Pembayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada 8.6 juta penerima akan diberikan secara berperingkat bermula 28 Mac 2022.
8. Adegan panas: Amaran keras kepada syarikat televisyen tidak jaga sensitiviti - Annuar Musa
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) memberi amaran keras kepada semua pengendali syarikat televisyen, supaya tidak memaparkan sebarang adegan yang menyentuh senstiviti agama dan rakyat di negara ini.
9. CEC DAP: Gobind raih undi tertinggi, beberapa nama besar tewas
Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menerima undi terbanyak dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) pada Kongres Kebangsaan Ke-17 parti itu yang berlangsung hari ini.
10. Anthony Loke dilantik Setiausaha Agung DAP baharu, Guan Eng jadi Pengerusi DAP
Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP yang baharu.