PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berbincang lanjut dengan kementerian dan agensi yang berkaitan untuk melaksanakan tindakan membekukan akaun bekas suami yang tidak membayar nafkah.
Menteri berkenaan Datuk Seri Rina Mohd Harun yang menyambut baik pengumuman itu berkata KPWKM akan cuba melaksanakan langkah itu pada tahun ini berdasarkan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
"Berdasarkan maklumat KPWKM, ramai bekas suami yang tidak membayar nafkah kepada bekas isteri. Jadi melalui pengumuman ini mereka yang berhak akan mendapat pembelaan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan wajah baharu Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi di Kota Damansara di sini hari ini.
Beliau berkata bekas isteri yang mendapati nafkah mereka tidak dibayar boleh mengadu di Talian Kasih 15999 atau platform KPWKM yang lain.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021 mengumumkan akaun bank bekas suami akan dibekukan jika mereka ingkar perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada bekas isteri.
Perdana Menteri berkata perkara itu antara yang diputuskan kerajaan sebagai pembelaan terhadap golongan wanita termasuk kes mahkamah yang dimenangi kaum hawa dalam kes tuntutan nafkah.
Selain itu, Ismail Sabri berkata isteri yang kematian suami diberikan kebenaran bekerja dari rumah sewaktu tempoh idah (empat bulan 10 hari) dan majikan tidak boleh memaksa mereka bekerja di pejabat sebagai menghormati keadaan mereka sehingga tamat idah.
Mengulas mengenai kebenaran bekerja dari rumah sewaktu tempoh idah bagi isteri yang kematian suami, Rina berkata kelonggaran itu disifatkan sebagai satu perkara yang baik dan golongan wanita harus menyambutnya.
"Wanita yang baru kehilangan suami dan masih dalam idah, mempunyai banyak urusan rumah tangga, anak serta keluarga yang perlu diselesaikan.
"Pandemik COVID-19 telah membuktikan kita boleh bekerja dari rumah. Kelonggaran yang diberikan ini merupakan satu pengumuman yang baik dan harus disambut oleh golongan wanita," katanya.
Mengenai penjenamaan semula wajah baharu Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi Kota Damansara, Rina berkata beliau optimis pembaharuan itu menjadi platform kepada perkhidmatan rawatan kesihatan dengan kemudahan infrastruktur moden dan terbaik bagi ibu dan anak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 20 2022
Datuk Seri Rina Mohd Harun yang menyambut baik pengumuman itu berkata KPWKM akan cuba melaksanakan langkah itu pada tahun ini berdasarkan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan. - Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Op Global: PDRM beku 96 akaun GISBH, nilai lebih RM581,000
Ketua Polis Negara berkata, arahan untuk menyita lapan buah kenderaan syarikat berkenaan juga telah dikeluarkan.
Seludup diesel: SPRM beku RM36 juta dalam akaun
SPRM membekukan akaun milik pengusaha stesen minyak dan dua pegawai penguat kuasa berjumlah RM36 juta bagi siasatan kes sindiket penyeludupan diesel bersubsidi.
SPRM beku akaun ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta
SPRM membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang bernilai puluhan juta ringgit.
Beku akaun Aman Palestin: SPRM sedia kemuka justifikasi kepada mahkamah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk mengemukakan justifikasi kepada mahkamah berikutan isu pembekuan aset Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aman Palestin.
Beku akaun: Mahkamah benarkan Bersatu mula semakan kehakiman
Bersatu berjaya dalam permohonan keduanya untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman kedua, bagi mencabar keputusan SPRM membekukan dua akaunnya.
30 Okt keputusan permohonan Bersatu cabar SPRM berhubung pembekuan akaun
Mahkamah Tinggi menetapkan 30 Okt keputusan permohonan kebenaran semakan kehakiman kedua Bersatu bagi mencabar keputusan SPRM membekukan dua akaunnya.
Tindakan SPRM sita dua akaun bank sulitkan operasi Bersatu - Ahmad Faizal
Tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun bank Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menyulitkan operasi parti itu.
Beku akaun suami ingkar bayar nafkah, KPWKM bincang dengan kementerian, agensi berkaitan
KPWKM akan cuba melaksanakan langkah itu pada tahun ini berdasarkan kerjasama dengan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan.
SPRM tahan bekas pengarah kastam negeri - Latheefa Koya
Bekas pengarah Kastam negeri itu ditahan di ibu pejabat SPRM Kelantan manakala dua lagi suspek, ditangkap di sebuah hotel di Genting Highlands dan sejumlah besar wang tunai turut dirampas.
Pelepasan akaun Najib kerana siasatan sudah selesai - SPRM
Tindakan melepaskan pembekuan akaun tersebut bukan dilakukan atas desakan mana-mana pihak tetapi disebabkan siasatan terhadap akaun itu telah selesai dilaksanakan.