Skip to main content

Dunia

Korban gempa bumi Venezuela meningkat kepada 6,125

A boy carries a surfboard before a “Paddle Out” memorial ceremony honoring people who died in the June 24 earthquakes, off the coast of Catia La Mar, La Guaira, Venezuela, August 1, 2026. REUTERS/Gaby Oraa REFILE - ADDING BYLINE
Seorang kanak-kanak lelaki membawa papan luncur sebelum upacara peringatan “Paddle Out” bagi menghormati mangsa yang terkorban dalam gempa bumi pada 24 Jun, di perairan Catia La Mar, La Guaira, Venezuela. - Foto REUTERS
Advertisement

ISTANBUL: Angka korban akibat dua gempa bumi kuat yang melanda Venezuela pada akhir Jun meningkat kepada 6,125 orang, menurut seorang pegawai kanan pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.

Presiden Perhimpunan Kebangsaan Jorge Rodriguez memaklumkan perkembangan terkini mengenai bencana itu menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata pasukan kecemasan berjaya menyelamatkan 6,642 mangsa susulan kejadian gempa berkenaan.

Menurut Rodriguez, seramai 60,992 orang mendapatkan rawatan di hospital di seluruh negara Amerika Selatan itu.

Sementara itu, pihak berkuasa telah menilai lebih 40,000 kediaman, dengan 25,325 daripadanya masih selamat diduduki, 9,866 dikenakan sekatan penggunaan dan 6,433 lagi dikategorikan sebagai “berisiko tinggi”.

Kerajaan setakat ini turut menyerahkan 287 rumah baharu kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal.

Operasi pembersihan juga terus menunjukkan kemajuan, dengan lebih 382,230 tan runtuhan berjaya dikumpulkan, bersamaan kira-kira 16.5 peratus daripada keseluruhan sisa runtuhan yang dianggarkan.

Gempa bumi berukuran 7.2 dan 7.5 pada skala magnitud melanda negara itu pada 24 Jun, menyebabkan kemusnahan besar serta mencetuskan pengisytiharan darurat di seluruh negara.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement